Majlis Berkhatan - Sebelum & Selepas 'potong'

Salam semua..

20hb Nov 2010..Majlis akan berlangsung jam 2pm..tapi pagi tu anak Lin,Amat appointment bersunat jam 9.30am, so memang dah rasa berdebar-debar le jantung tu..hehehe
Pagi-pagi kitaorang semua dah berkumpul, Kasawari & Family pun bermalam di rumah Lin, so memang meriah dan gamat le suasana pagi tu dengan anak-anak semua, yang lain-lain tu pandai-pandai le membawa diri bila dah ramai, thankx all..:)


*Sementara menunggu jam 9.30am, masing-masing duduk buat hal masing-masing sementara sarapan sampai,  kita beli je, dah tak sempat le nak masak memasak di dapur, banyak bende nak di siapkan, Lin pulak risaunya dengan anak Lin tu nak potong..huhuhu tapi Amat relax je buat dek..huhuhu


*Rombongan membawa Amat ke Klinik untuk potong, Kasawari dengan anak-anaknya, Ammar dan Aiman sebagai penaik semangat buat Amat, nasib kowang semua ada, kalau tak, tak tahu camne, dah le Lin ni takde abang, takde bapak, sedihnya rasa dalam hati..huhuhuhu


*Haa part gambo ni, Lin memang Lin takde, Kasawari yang tukang snap gambar-gambar ni. Klinik Intan, tak jauh dari rumah Lin, dekat aje, Doktor yang bertanggungjawab memotong adalah Doktor Ripin..


*Ishh ngeri dan kesian la anak Mak, nape taknak tengok Mat, biar le tengok, baru tau camne orang bersunat..huhuhu (pandai le Mak dia cakap ek)..:p
Sekali potong cuma rm130 aje..mahal ke murah ke..dah wajib tiba masa berpotong.. :)


*Dalam jam 10.40am mereka pulang membawa Amat yang tersenyum lebar siap 'peace' lagi..tak sakit agaknya..huhuhu steady je nampak.. :)
Kita kat rumah bukan main risau sangat-sangat..


*Tahniah buat anak Mak, dah menempuh alam teruna, bujang dan jantan..hehehehe
Nak di pendekkan cerita, sapa kata sunat tu tak sakit, huh..! lepas aje ubat bius tu abis, Amat menangis mengerang kesakitan, adatlah bila dah tak ada ubat penahan sakit, jahitannya mesti akan rasa sakitkan, sekejap je tak lama, bila dah di pujuk-pujuk, diamlah dia bawa tido, makin mengerang makin sakit lah jahitan tu..huhuhu
(Lin pun sampai menangis melihat tangisannya) kesian dia..huhuhuhuhu

*Bersambung*



P/S: Setelah sehari usiaku 34thn berlalu..(dalam hati 'takde hadiah ke? takde surprise? fuhh selamat')


With Love

6 comments:

  1. salam puan..

    gambar last tuh memang santai hehe..tahniah untuk amat,bleh join kelab khatan

    ReplyDelete
  2. Cicit Hj Hassan: Tq Tuan Haji, :)
    Ohh ada kelab berkhatan ke? kat mana? Blog or Fb.. ??

    ReplyDelete
  3. Cik Gallus: Yup dah besar dah anak mak..huhuhu

    ReplyDelete
  4. amat masa potong mmg kuat.. tapi bius dah habis.. aduhai... tak tahan tu bisa..

    ReplyDelete
  5. Kasawari: Huhuhu semua org mcmtu, bila jahit ada bius tp bila bius hilang...adeii sampai Lin pun menangis tgk dia menangis..huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..