Menanti dan menunggu.

11/08/2010 11:51:00 AM

Salam semua...

Masa pantas betul berlalu, dalam diam, sudah 2 hari berlalu, ermmmm
Ye 6hb Nov 2010, hari Sabtu, adalah hari bersejarah buat adik Lin,Marlia@Lyea, adik yang paling bongsu dalam adik beradik Lin yang telah melangsungkan pertunangan dengan pasangan pilihannya,Zaidi@Wak Dolne, segala rintangan, halangan, cobaan dan dugaan yang di lalui, akhirnya mereka selamat menjalin ikatan, insya'allah semuga di panjangkan jodoh dan kekal hingga ke jinjang pelamin..aminnn


*Semua persiapan di atur oleh Mak Lin, baik dari segi hantaran, kemasan, makanan, juga undangan semua di uruskan oleh Mak Lin, memang Mak Lin 'The Wonderwoman' la, kerja tangan dan kegigihannya tak boleh lawan dengan tenaga owang muda sekarang, semua dia nak buat sendiri tapi di bantu juga oleh adik-adik Lin.
Lin hanya bantu apa yang patut, tapi kebanyakkannya bila datang nak menolong, semua dah siap..hehehe. Malam sebelum majlis Lin ke rumah Mak hantar barang dan tolonglah apa yang terdaya, kebetulan pula malam tu sambil menunggu kedatangan Retna, Dilla dan juga Shai ke rumah, so Lin dah col bagitau Kasawari ajak dia datang sekali nanti malam kita pi ngeteh sama-sama.



*Dalam jam 9.30pm, Lin balik ke rumah, ye la rumah Lin pun tak berkemas lagi, nanti tetamu datang malu le weii, Mak faham dia ok2 aje. Sampai rumah kelam kabut le mengemas sebab Retna bagitau last minit jadi datang, mau tak huru hara di buatnya,hehehe. 
Sekejap tu, Kasawari dan Linda pun sampai, mereka datang berdua aje, sementara menunggu Retna sampai, Lin & anak-anak pun belum makan, so ajak Kasawari pi makan dulu.
Dalam jam 12am lebih baru Retna, Dilla dan adik ipar Retna,Faizzah sampai di rumah, naik kereta Dilla, wah lamanya tak jumpa Dilla ni, tetap maintain rock gitu. Kitaorang borak-borak kejap sampai le Retna kata dia lapar, kesian dia, anak-anak pun dah tido, so Lin aje lah yang keluar bersama mereka melayan tetamu makan di restoran Habib, dah macam waktu sahur pulak gayanya,hehehehe.


*Kowang bayangkanlah di awal-awal pagi kitaorang dok melepak dan mengelak dengan macam-macam cerita yang keluar, mana tak hilang mengantuk, asyik dok gelak je, Shai pula, ntah kemana dan di mana, sms aje tak balas-balas, mungkin dah berada di JB atau di seberang, ermm takpe lah pandai le dia bawa diri dia, esok baru kita berjanji nak berjumpa.


*Yang ni adalah Duta kepada Restoran Habib untuk tahun hadapan 2011, hahahahaah
Siapa tak kenal pasangan sehati sejoli, Kasawari dan Kasawati yakni cikgu Linda, mana-mana ada majlis, mesti ada aje aksi berani dan berahinya, sungguh romantis lagi romantik gitu,kan?..
Selesai makan, kitaorang balik kerumah, Kasawari & Linda balik agak lewat juga dok borak-borak dulu, Lin dengan Retna pulak, langsung tak tido malam tu, kitaorang borak-borak pastu bukak tonton.com pula tengok drama 'Chenta' berepisod2, hahahaha, Dilla dan Faizzah dah belayar tido..hehehehe
Sampai le ke pagi tu kitaorang berjaga dan terus bersiap-siap nak ke rumah Mak Lin untuk mjlis berlangsung, jadi kowang tunggu jap lagi ye sambungan dari cerita nie..:)

*Bersambung*




P/S: Lama tak berkumpul bersama, kalau ada mr.Hubby lagi seronok...huhuhuhu i miss u dear.. :((


With Love

You Might Also Like

3 Orang Komen

  1. seronok tgk kasawari & kasawati tu, aiii tiba² ada nama baru yek.

    ReplyDelete
  2. Cha: kannn..mereka memang pasangan yg serasi kan..

    Kasawati tu utk cikgu Linda..mmg sesuwaiiiiii sangattttt..hehehehe

    ReplyDelete
  3. bestnye kenduri-kendare macam ni... bestnye lepak ramai2 macam ni... semua best2....

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.