Monday, December 20, 2010

10 Tabiat yang merosakkan otak.

Salam semua...

Petang ni sambil duduk-duduk tengok cerita dongeng dan Putera Katak tu, jom sambil kowang bukak dan baca info ni, kalau rajin tu klik-klik le kalau-kalau ada iklan..hahahahaha
Info ni Lin kongsi dar mana lagi kalau bukan Tok Wan (FB) tue..sifu segala falsafah..:)
Jom layannnn..:p.. Lin nak keluar pi minum petang sat..:)


10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK
 
1. Tidak mengambil sarapan pagi.
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

 
2. Terlebih makan.
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
 
3. Perokok.
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

 
4. Penggunaan gula yang berlebihan.
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
 
5. Pencemaran udara.
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur.
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

 
7. Menutup muka ketika tidur.
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
 
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
 
9. Kurang berimiginasi.
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

 
10. Jarang berfikir.
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.




P/S: Cuaca petang ni cerah sekali..sesuai untuk berjimba-jimba di tepi pantai memakai pario..hahah *jangan terselak udah ler..hahahaha










18 comments:

  1. jom tgk gambar bsn aritu :D

    http://biqque.blogspot.com/2010/12/konsert-online-mybsn.html

    ReplyDelete
  2. info yang menarik.. thanks ok .. suke this entri

    ReplyDelete
  3. :) :) :)
    alamak.. banyak la pulak aktiviti yang terkena nih
    terbaeekkk!!!!

    ReplyDelete
  4. sangat berinfo

    sis lin..
    kita nie tak tergolong kan, sebab kita suka berblog..kita tergolong dalam golongan orang yang byk berfikir

    ReplyDelete
  5. uhu banyak lak yg incek liquid wat dlm tabiat ni. haih

    ReplyDelete
  6. nak kenal amalkan tuh.. agar otak tak lemmsss.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..info yg amat berguna boleh dikongsi semua...tahniah...

    ReplyDelete
  8. Biqque: Thankx..i dah tengok dan komen pun..
    Thankx okey :) nice to meet u..

    ReplyDelete
  9. Cik Su: Sama2..kita tahu siapa diri kita kan..:)

    ReplyDelete
  10. Cekwa: Salam kenalan Cek Wa..Thnakx sudi sggh blog sis..:)

    ReplyDelete
  11. MKnace: hahaha..tau dah..tp klu rajin menulis blog, otak berfungsi lancar tuh..hehehehe

    ReplyDelete
  12. Ayu: Betul3x..kita selalu perah otak nak update blog kan..heheheheh

    Nnnti sis jpin contest giveaway Ayu tu yek..:)

    ReplyDelete
  13. Liquid: Uii lamanya dia ilangg,mana poie? sihat ka? rajin2 menulis bru otak cerdas dn cergas..kekekekeke

    ReplyDelete
  14. Ila Sahar: Betul3x..kena amalkan semua xtvt yg sihat dn yg memerlukan otak berfikir,klu tak lembss le otak tu kan..hehehe

    ReplyDelete
  15. Zaini: Thankx..boleh klu nak kongsi di blog akak..amik aje la.. :) sharing is caring :)

    ReplyDelete
  16. Firdaus: Thankx Fir..yup kita semua ptut baca dn amalkan..:)

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com