4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi.

Salam semua..

Hurmm malas nak cakap panjang-panjang, nak komen banyak-banyak...
Setiap yang lama mesti ada pembaharuannnya..huhuhu
Cuba bayangkan 10 tahun akan datang??? bayangkan bayangkan...huhuhu



Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .


*Lagi info dan terkini di Malaysia Kini


With Love

2 comments:

  1. Mknace: sukenyaaaa..pelik pelik..tp benar..huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..