Corat-coret@Paka,Trengganu-Day 1

12/22/2010 06:20:00 PM

Salam semua...

Ermm cuti? semua orang suka bercuti kan? sapa yang taknak pergi bercuti, sesekali rehatkan minda, fikiran bersama family, bukan senang bila dapat peluang macam ni kan, walaupun duit ada ke takde ke, banyak ke sikit ke, janji niat bercuti tu ada, insaya'allah rezki tu ada aje di mana-mana, betul tak? :)
Bagi Lin percutian kali ni, ibarat sambil selam sambil minum air, kebetulan aje hubby memang bizi dengan kerja, kirakan kalau tidak memang takde cuti-cuti la Lin sefamily nih. Oleh itu bila dah hubby kata kali ni kerjanya di sana dah last nak siap, jadi dia ajak Lin dan anak-anak sekali ikut dia pergi ke Trengganu ikut dia kerja, Lin dan anak-anak sekali boleh bercuti..oke la tu kan..:)
Okey le kali ni Lin cite serba sikit aje la yek, sebabnya 'mood' tengah takde la, ntah la apa yang bermain di fikiran ni, sampaikan nak bukak blog pun tadi takde mood..huhuhu


*18hb Dec, bertolak jam 10am lebih gitu, hubby amik kawan dia dengan anak dia sekali nak tumpang balik Trengganu, so memang penuh sikit la kereta Lin tu, tapi seronok ramai-ramai, hilang mengantuk..:)
Singgah makan di persimpangan Mersing,Sibu Tanjung leman..


*Hujan renyai-renyai, jadi agak sukar nak menyinggah beli makan, hinggalah sampai di Kemaman singgah beli lemang dan jeruk, murah memang lemang di sana, ada yang 3 batang rm5, 4 batang rm10..kalau kat Johor ni, sebatang aje rm5-8 kan? ishhh enak lemak santan berkrim lagi..yummmmmy.


*Selamat sampai di Paka,Trengganu dalam jam 6.30pm juga, masing-masing dah letih, tapi bila sampai aje tempat chalet yang hubby dah booking tu, anak-anak terus keseronokkan, hilang pening dan mabuk jalan..huhuhu *termasuk le aku*..hahahahaha


*Kami menginap di sini..siap ada wi-fi..memang berbaloi..laju gilossss.
Bagi siapa-siapa yang nak stay sini, tu amik no Hp tu, simpan, murah aje, 1 malam cuma rm70 + extra bed cuma rm15 aje..*cuma takde heater yek* sejuk giler nak mandi.harap amponn..hahahaha


*Dah siap check in, barang-barang semua dah masuk dan kemas, hubby ajak pi pasar malam kat depan tu, dekat aje tapi naik kete la,hehehehe.
Macam-macam menu dan owang ada kat sana, loghat dia jangan cakap le, sampai anak-anak kata 'derang cakap pelik' hahahaha...
Yang bestnya, Laksa Buyung tu atau laksa Penang, perghhh memang mengancam ko, kuah dia tu masak dalam 'pasu' anak Lin kata..hehehe pelik dan lain dari yang lain, sebab tu di panggil Laksa buyung..:)


*Haaa kan..mana le anak Lin tak cakap masak dalam pasu..betulkan? hahahahahaha
Sampaikan owang yang jual tu dok ketawa dengar anak-anak Lin cakap..buat malu den ajo ler..kekekekeke


*Malam menjelma, Lin beli makanan tu semua pastu makan kat atas pangkin depan rumah chalet, pinggan dan mangkuk juga sudu hubby Lin beli kat kedai 2N, hahahaha.
Malam pulak angin bertiup, fuuuuuuh sejuk giler, aircond tutup pun dah macam ada suhu, tak boleh nak cakap leh sejuknya camne, nasib baik anak-anak Lin bekalkan selimut dari rumah..
Tapi tido, terus nyenyak tak sedar diri..kekekekeke

*Bersambung*



P/S: Jauh pemandangan kematu punggung duduk dalam kereta..huhuhuhu ada le jugak 4x berenti terkucil..huhuhuhu


With Love

You Might Also Like

7 Orang Komen

  1. wah seronknye gi bercuti...blh ambik no tel tu, senang kalau berkesempatan ke Terengganu...

    ReplyDelete
  2. macam kenal je tempat tu..
    kite std uitm dungun..
    hoho..dekat je ngn paka..

    ReplyDelete
  3. Erienz:Yep seronok klu dpt bercuti dgn keluarga cmni..:)
    Amik simpan no tel tu,nnti senang nk dtg walk in..:)

    ReplyDelete
  4. Princeduyong: Yesss! mmg best dgn pantai dn makanan juga orangnya yg ramah tamah..:)

    ReplyDelete
  5. Arief: Lor iye ke? mula2 sis nk dok kat UiTm tu tau..tp hubby nk gi keje jauh plk..:)
    Selalu la ye balik sana?

    ReplyDelete
  6. salam kenal sis! laksa buyung tu mmg sedap, susah nak jumpa laksa penang yang sedap kat tganu :)

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.