Family Day camping@Batu Layar-2.

12/07/2010 07:59:00 PM

Salam semua..

Pagi 5hb Dec nya, cuaca amat baik sekali, awal-awal pagi anak-anak semua dah bangun, ermm apalagi mereka dah tak sabar le nak terjun laut tu, dari semalamnya mereka dah tak sabar tapi sebab sampai pun dah gelap, tak boleh le derang mandi, haa bila dah pagi mulalah semua tuntut janji nak mandi..huhuhu
Lin pagi tu bangun lewat sikit eee susah nak kata le, mimpi malam tu memang bermain-main di depan mata, agaknya kalau sapa yang malam tu tak tido mungkin terperasan Lin ni mengigau dek halau hantu tu, eee mimpi ke? atau realiti? sungguh menakutkan..huuhuhu


*Lihat..sungguh tenang, damai dan begitu indah keindahan ciptaan tuhan yang maha kuasa kan?. 
Seawal paginya anak-anak dah turun ke tepi pantai nak tengok ombak yang agak kuat jugak haritu, mungkin sebab bulan tengkujuh kan, angin tiup kuat jadi ombak pun sama le tingginya..
Apalagi yang di buatnya tu, mesti seisi tangkap gambar le tu si Kasawari ..hehehehehe...


*Hehehe sapa kata kalau bercamping tak boleh memasak, haa tengok tu, siap goreng nugget lagi tu, hahahaha.
Mak kata lepas ni kalau pegi lagi, bawak tepung, boleh buat cekodok pulak..hahahaha. Memang kitaorang kalau bercamping semua lengkap, tong gas dengam tilam katil aje yang tak bawak, giler ke apa, baik duduk uma je lagi sedap kalau nak bawak semua, ini pun dah kira bagus le boleh masak dan mengoreng, kalau tak, ada kena pi cari kedai makan nak makan..:)


*Yeahhhhh nak mandi!!..amboii seronoknya anak-anak dan mak budak, bila dapat terjun laut je, semua tak hengat donia, nak sarapan pun takde selera, dok ingat nak terjun je tue..huhu
Lin? ishh mandi juga le, cuma gambo mandi Lin takde le, yelah dah kita tukang snap gambo, bila kita mandi, sapa pulak yang nak amikkan..huhuhu


Tak sah kalau pi pantai tak main dengan pasir kan? bukan anak-anak je yang suka, bapak-bapak dan ibu-ibu juga suka xtvt tanam menanam nie, cuma tak tanam kepala aje sekali, kalau dah semua di tanam, kekekeke kena bawak 'van dan tongnya' le sekali..kakakakakakakah....


*Memang sengalllll....bikin terperanjat je tau..eee bila sekali ku tenung-tenung nie, dah ada rupa macam 'hantu' yang aku mimpi malam tadi..huhu cuma hantu dalam mimpi tak pakai konteks lens..hahahahaha
Yang ni hantu baring..tapi bila nak bangun dari pasir tu, terus jadi hantu 'Ngangkung' jalan pun 'Ngengkang'..hahahahahahaha

*Bersambung*



P/S: Puas..! Mungkin itu kata mereka....Apabila mereka gembira...aku turut gembira...:)

With Love

You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. wahh... seronoknye sis... rase teringin sangat2.... nak balik mersing... nak balik mersing.. nak bawak abah ngn mak pi air papan...

    sis... gambar tu, seram ek... hahaha

    ReplyDelete
  2. nugget goreng tu mmg sedap makan panas2 tgh lapar2 cecah sos cili huhu..

    betul tu.. lain kali bawk tepung leh goreng jemput2.. huhu

    ReplyDelete
  3. SMBenjamin: Oh Zul duduk Mersing? kat mana? lama x gi mersing..
    nnti ada tmpt bagus kt sana bgtau le..boleh pacak khemah..hehehe

    ReplyDelete
  4. Kasawari: hahah jgn kata bwk tepung..kita goreng mee skli,nk best lg masak ns beriani..kakakakah

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.