Minyak Kelapa Dara.

Salam semua...

Hurmm Minyak Kelapa Dara..bukan Minyak Anak Dara oke..:)
Dah banyak kali keluar iklan, dah banyak tengok promosinya, dan terlalu banyak orang perkatakannya..bagus ke?? ada yang dah cuba?? so camne?? ada keajaibannya?? 
Tengah usha-usha mau mencuba tapi masih lagi dalam penelitian dalam bab khasiatnya dan kesannya..:)


Laman utama Bio-asli dan testimoninya di sini 

Info khasiat di petik dari Juskismis

Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? 

-Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. 

-Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.

-Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

-Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:
  1. Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.

  2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
  3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.
  4. Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.
  5. Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.
  6. Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap.
  7. Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.
  8. Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
  9. Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
  10. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
  11. Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.


Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.

  1. Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
  2. Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
  3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
  4. Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
  5. Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
  6. Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
  7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
  8. Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
  9. Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
  10. Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
 "Oleh itu bagi kaum muslimin yang berpuasa, sedangkan mereka perlu aktif bekerja pada siangnya dan inginkan masa lebih untuk beribadat pada malam harinya, sangat digalakkan untuk menjadikan Minyak Kelapa Dara sebagai sebahagian dari menu berbuka puasa dan juga menu bersahur mereka agar mereka cukup tenaga dan punya daya tahan serta mampu sentiasa aktif."

Nota : Minyak Kelapa Dara adalah tergolong dalama Medium Change Fatty Asid (MCFA=Asid Lemak Rantai Sedang) 




P/S: Setiap penyakit ada ubatnya tapi kalau tak ada daya usaha dan keyakinan mencuba maka tiada le izin dariNYA..:)


With Love

8 comments:

  1. banyak juga khasiat kelapa dara ni ye..

    ReplyDelete
  2. Prince: itu le..Sis masih lagi tgh research lebih lanjut pasal khasiatnya..ingat nak mencubanya.. :)

    ReplyDelete
  3. Linn koo tak tau kee, aku minum koo minyak kelapa dara ni 1 camca besar setiap malam, tu yang aku "dara" jeeewwww!..ahaks., pstt abg mat buat sendiri jee...serius..nanti kita cita eks..hehe

    ReplyDelete
  4. Mat Gebu: hahahaha...sabo je le...
    haa??? abg Mat bt sendiri??? dia ada jual gak ke? eh2 bila mau cite? aku pi uma ko ler..hehehehe :p

    aku siyes Mat,nk cuba nie.. :)

    ReplyDelete
  5. baru tau hari ni.. nak hasilkan minyak kelapa dara tu tak perlukan haba... menarik juga fakta tu, merubah persepsi saya selama ni.. sebab mase kecil2 dulu tengok mak buat minyak kelapa, mak jerang santan kelapa sampai jadi minyak... bagus entry ni... sah memang dah mahsyur produk minyak kelapa dara ni... elok2 la kalau nak cuba... tq sis lin... entry yang bagus..

    p/s: ade entry baru di thetimelines.. jom la singgah..

    ReplyDelete
  6. memang bagus..pernah cuba memang berkesan lagi2 kalau nak turunkan berat badan...^^

    ReplyDelete
  7. SMBanjamin: itu le klu tak reseach sis pun x tau..sbb nk mencubanyalh sis bt dan cari fakta2 dia juga info supaya tau dan kenal apa khasiat dn kegunaannya Minyak ini..baguskan..:)

    thankx Zul..:)

    ReplyDelete
  8. Liz Lizard: Oo ye ke? ada jgk tu baca boleh turunkan berat badan..bagus ek..serba boleh minyak nie..
    nnti mesti nak cuba jgk nie..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..