Thursday, December 23, 2010

Siapa ada saman?? 50% diskaun!

Salam semua..

Saman?? kowang ada? dah bayar? huhuhu
Aku ada saman...belum bayar pun...tapi masih ada lagi peluang kan..hehehe tunggu gaji ler..lalalala


*Gambo search dr en.google..terima kasih bang polis..hehehe

Insentif bayaran saman trafik masih terbuka.



KUALA LUMPUR - Insentif pembayaran saman yang dikeluarkan sebelum atau pada 1 Disember lalu masih lagi terbuka dan belum ditamatkan tempohnya.
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman Facebooknya, semua saman yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut akan diberi insentif kadar munasabah secara automatik sebanyak 50 peratus melalui kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.
Kata kenyataan itu, saman PDRM yang bermula pada 1 Disember lalu pula akan diberi insentif sebanyak 50 peratus dan 30 peratus, mengikut tempoh pembayaran yang dibuat.
"Saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberi insentif 50 peratus daripada kadar kompaun sebenar dan saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari akan diberi insentif 30 peratus daripada kompaun sebenar.
"Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberi sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai tempoh pembayaran saman.
Selain itu, PDRM turut menjelaskan tiada masalah off line di kaunter pembayaran PDRM sejak kadar baru insentif pembayaran saman dilaksanakan kecuali beberapa masalah teknikal yang telah diatasi. - Bernama



P/S: Eeee..nak elak tak boleh, tak nak bayar pun lagi tak boleh...padan muka aku! sapa suruh speed laju-laju..huhuhu


With Love

2 comments:

  1. sy x pandai pndu kete..selamt, tp myhubby adfa 3 saman ekor nibudakbajet

    ReplyDelete
  2. nice blog......jom singgah blog beca

    http://azwanalias.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..