Petua kempiskan perut dan kekal langsing.

1/05/2011 09:29:00 AM

Salam semua..

Awak, awak..berapa berat badan awak yek? uishh sensitif sehh soalan tu, kowang jangan tanya dengan sembarangan owang, tengok badan owang tu dulu baru nak tanya oke..!
Ada kang silap-silap makan jelingan mata terus bermasam muka, kalau kowang tanya aku takpe, nanti aku jawab 'berat saya 61.8kg, baru timbang semalam, tapi dah naik 1/2kg la,cuti sekolah asyik makan ajek..tapi ada aku kesah??'..hahahaha
Jangan banyak fikir dan risau, jom kita kongsi petua dari Tok Wan aku nie ha, dia tu memang baguss la, macam-macam info dia bagi..i likeee selalu..:)
Image dan info dari Tok Wan(FB)..


PETUA LANGSING DAN SIHAT..DAN ELAK BUNCIT



1.Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Lemak berlebihan.

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.



3.Jika anda mengalami masalah berat badan.

air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.



4.Nak Turunkan Berat Badan

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.


5.Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


6. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba


8. Kempiskan Perut Anda

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.



P/S: Memang berguna sangat-sangat petua nie, *sekarang pun mana-mana kedai makan, Lin order air limau suam..:) siapa yang taknak langsinggg kan..!


With Love

You Might Also Like

7 Orang Komen

  1. wahhh... semuanya limau nipisss... thanks for sharing kak... mmg nk ngimpiskan perot nihh... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Aliya: Yup..senang dan mudah nak dapat kan..:) selamat mencuba Aliya..

    ReplyDelete
  3. tips2 menarik, kebetulan entry terbaru sy pasal diet...

    kalau rajin, sila baca ye ;)

    ReplyDelete
  4. bagus diamalkan utk azam 2011 nih,,
    tq

    ReplyDelete
  5. waaa....bagus2..harus diamalkan nih....

    ReplyDelete
  6. wah thanks tips ni, boleh amalkan..maklumla perut makin masuk angin.hee~

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.