Tuesday, March 08, 2011

8 March: Hari WANITA Sedunia.

Assalamualaikum wbt.

‎'WANITA' telah di muliakan oleh Rasuluallah sebanyak 3 kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke-4 barulah kaum adam.
WANITA juga dimuliakan dengan kata-kata 'Syurga dibawah telapak kaki Ibu'. Selain itu title syahid juga diberikan kepada Ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa WANITA atau Ibu, siapaKAH kita atau siapaLAH k
ita?


Tema Hari Wanita Sedunia 2011.
"Kesamarataan peluang terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi : Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita"

Macam mana boleh wujud Hari Wanita Sedunia?

Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.(sumber:Perutusan Wanita Sedunia).

Dulu wanita sering ditindas dan menjadi mangsa keganasan. Dengan wujudnya Hari Wanita Sedunia, nasib wanita telah terbela kerana dua perkara telah diketengahkan iaitu untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa. Selain itu, untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.

Kini, tujuan sambutan Hari Wanita Sedunia lebih diperkukuhkan. Antaranya untuk mempromosikan langkah mengetatkan undang-undang dalam menangani isu wanita, contohnya isu pelaksanaan undang syariah di mahkamah syariah, isu undang undang yang lebih ketat kepada perogol, pendera dan penganas rumahtangga.

Selain itu, memberikan kefahaman kepada orang awam mengenai agenda wanita untuk perubahan. Pihak berwajib juga perlu untuk memperkemaskan latihan dan kemahiran serta penyelidikan dalam isu-isu wanita selain menghulurkan pertolongan kepada golongan wanita yang tidak bernasib baik agar wanita mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, sambutan ini juga bertujuan untuk menyedarkan wanita betapa perlunya mereka mempunyai kesedaran berpolitik dan memantapkan ekonomi diri.

Kredit info dari Azilas.


P/S: 'Selamat Hari WANITA buat semua yang bergelar WANITA"....

With Love

8 comments:

  1. selamat hari wanita kak Lin semoga terus bahagia bersama keluarga tersayang ...jom ke sini http://www.facebook.com/pages/Myhealth-4-U/106847119394810

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Lin,

    Urghh..berkurun rasernye mya tak jalan kat rumah kak lin..rindu dengan cerita2 kak lin...mya tengok2 cerita2 lame mya tetibe terperasan komen kak lin yg sgt membantu mya..

    sorry kak lin, mya dah lame tak apdet blog.mya baru je nak start blogging balik..nanti kalau ka lin free and sudi..jalan2 lagi ye ke blog mya :)

    selamat menyambut hari wanita kak lin ^_^

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia. Kasih sayang dan bakti yang dicurahkan tidak ternilai

    ReplyDelete
  4. Tengku Asmadi: Thankx Tengku...Aminnn...

    ReplyDelete
  5. Cadlyyn:Selamat Hari Wanita juga.. :)

    ReplyDelete
  6. Mya: Thankx Mya..lama jugak kamu stop berblog yek..sekarang cmne? dh mula balik ye manulis..:)
    Keep in touch dan selamat berblogging Mya..:)

    Selamat hari Wanita jugak..:)

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com