Sunday, May 22, 2011

AF9: Nera tersingkir di minggu ke-7.

Assalamualaikum wbt..

Salam hujung minggu buat semua, kowang sihat ka? yang makan cili tu dah kurang ke rasa pedasnya? hahahahaha
Semalam malam Lin langsung tak tengok Konsert AF9 ni, mata beratnya nak bukak, mengantuk tiba2 depan lappy tu, berangan nak tengok drama cerekarama pun punah, dapat tengok dalam 30 minit, pastu tup2 dah dalam mimpi rupanya tak sedar diri..hahahahaha.
Sedar2 hubby kejut tengok jam dah pukul 1.20 minit pagi..ishhh makan apa le yang sampai mengantuk sangat..rasanya semalam petang minum kopi Mahkota Dewa tu jek, ermm takkan le sampai mengantuk letih di buatnya..huhuhuhu
Apa2 pun kowang layan aje la info update terkini ni yek..


Sumber dan info dari Akademi Fantasia

Queennera Francine Francis Kitingon atau Nera, 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah telah diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh malam tadi. Nera mendapat undian terendah selepas talian undian AFUNDI ditutup. Nera adalah pelajar ke-7 tersingkir melalui undian SMS selain Aida dan Amir yang telah digugurkan dalam Operasi Gugur. Nera telah menyanyikan lagu Hetty Koes Endang bertajuk Tak Ingin Sendiri, lagu balada pertama dalam tugasan beliau di Akademi Fantasia 9.

Dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh ini juga telah diumumkan bahawa semua wang kutipan AFUNDI malam ini akan disumbangkan kepada mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Ini adalah salah satu usaha Akademi Fantasia dan Astro dalam menyumbang kepada kebajikan selain daripada Astro Kasih yang sedia ada.

Sistem Imuniti pula akan diumumkan dalam Konsert Minggu Kelapan walaupun keputusan persembahan terbaik sudah ditetapkan berdasarkan persembahan malam tadi. Keputusan tersebut dimasukkan ke dalam kotak simpanan khas dan akan dibuka pada minggu hadapan. Pelajar yang mendapat ganjaran Imuniti ini pula akan terus beraksi di Konsert Akademi Fantasia 9 Akhir dan tidak akan tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kelapan nanti.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian SMS ditutup:

1. Hazama - 29%
2. Fina - 17%
3. Lena - 15%
4. Erul - 13%
5. Azri - 13%
6. Nera - 13%

Kini hanya tinggal 5 lagi pelajar Akademi Fantasia 9 berusaha mengejar cita-cita menuju puncak merebut gelaran Juara Akademi Fantasia 9. 




P/S: Nak kena bukak tonton.com.my ni tengok cerekarama semalam..huhuhuhu


With Love

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..