Thursday, June 02, 2011

AF9: Imuniti milik Fina. Lena terselamat!

Assalamualaikum wbt..

Hahahaha cite basi ni. Aduhh camne boleh terlupa nak update cerita terkini AF9 Konsert yang lepas..Kalau tak seorang kawan tu bertanya, mahu Lin pun tak ingat..Thankx to you awak.. :)
Tapi takpe, masih lagi panas dan sensasi kan, mana taknya kejutan demi kejutan yang berlaku, ermmm lepas ni adakah sekali 2 penyingkiran akan di buat??? Kita tunggu dan saksikan ok..:)

Sumber dan info dari Akedemi Fantasia.

Kejutan demi kejutan diberikan dalam Akademi Fantasia 9. Terlebih dahulu Imuniti telah dinobatkan kepada Fina apabila gabungan undian SMS dan Markah Tenaga Pengajar berpihak kepadanya. Manakala penyingkiran pula diumumkan bahawa tiada penyingkiran walaupun pengacara Aznil Hj Nawawi mengumumkan bahawa kedudukan undian Lena berada di bawah sekali seterusnya terselamat daripada disingkirkan.

Fina yang telah mendapat Imuniti tidak akan membuat persembahan dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kesembilan Sabtu hadapan. Talian undian Fina juga ditutup mulai sekarang sehingga tamat Konsert Minggu Kesembilan setelah diumumkan pelajar yang bakal beraksi di Konsert Akademi Fantasia 9 Akhir nanti. Oleh yang demikian, 4 pelajar lain iaitu Azri, Erul, Hazama dan Lena akan beraksi dalam Konsert Minggu Kesembilan bagi menentukan siapakah yang bakal melangkahkan kaki ke pentas akhir bersama Fina.

Berikut adalah gabungan 50% Markah Tenaga Pengajar (Minggu 7) dan 50% Undian SMS (Minggu 8) bagi 5 pelajar Akademi Fantasia 9.

(Markah Tenaga Pengajar + Undian SMS = Markah Keseluruhan)
1. Fina: 43 + 10.37 = 53.37
2. Hazama: 41 + 12.30 = 53.30
3. Azri: 36 + 9.34 = 45.34
4. Erul: 36 + 9.14 = 45.14
5. Lena: 36 + 8.85 = 44.85


5 pelajar Akademi Fantasia 9 masih kekal berusaha mengejar cita-cita menuju puncak merebut gelaran Juara Akademi Fantasia 9. 




P/S: Ermm rasanya Lin pun lupa la, apa Lin buat Sabtu lepas???? ermmmm ada sapa2 nak mengingatkannya?hahahahaha. :p


With Love

No comments:

Post a Comment

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com