Sambal Goreng Hati Lembu.

7/20/2011 02:27:00 PM

Assalamaulaikum wbt..

Alhamdulilah..kenyang sudah, anak2 pun semua dah balik dari sekolah dan dah berehat2 didepan tv, macam ular salin kulit..he he he..
Harini pening jugak nak masak apa, lauk semua ada, semalam hubby ke Pasar Borong belanja, plan cuma nak masak sotong masak itam saja, so pagi tadi ke kedai le mencari bahan yang takde. Sampai ke kedai, ternampak pulak hati lembu, terus terfikir kalau dibuat sambal goreng sedap jugak ni..hehehehe.
Beli le setengah kilo, siap2kan bahan terus masak, siap! memang banyak kerjanya tapi kalau tekak nak makan, kerja banyak pun jadi sekejap je siap...kann?
So menu hari ni sambal goreng hati lembu, sotong masak itam dan juga sayur kangkung goreng belacan..:)


Kali ni Lin kongsi respi kat sini yek, dulu Lin pernah buat sambal goreng tempe *entrinya di SINI, so respinya tetap sama, Lin C&P saja ok dan delete mana2 bahan yang Lin tak guna..
Kowang semak la yek..

Bahan - bahan 
10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo hati lembu
2 bijik tomato.
1 paket kecil su'un.
*tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
hati lembu,direbus potong kecil kemudian digoreng


¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa


Cara- cara
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.

2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, hati lembu, dan kacau sehingga rata.

4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.

5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.




P/S: Bagi sesiapa yang tak suka hati lembu ni, gantikan le dengan hati ayam..*jangan makan hati sendiri dah le.. :p


You Might Also Like

10 Comments

  1. Order 1 Lin :)

    heheh.. dh mcm nk order t-shirt pulokk..

    ReplyDelete
  2. Laparnyaaa....
    sedap buat lauk berbuka ptg ni tapi tapi erkk ako x makan hati..

    psstt kasi tukat daging lembu bleh tak??? :p

    ReplyDelete
  3. ada resepi..caya la nak suh wife cubo la...

    ReplyDelete
  4. Oh Oeya: hahahaha nak 1 sudu je ke? kekekeke

    ReplyDelete
  5. Ku Azhar: hehehe...selagi hidup..makan selagi boleh...

    ReplyDelete
  6. Retna: Ooo pose yek..siannya...alahai, tekak aku teringin hati lembu, sebab tu beli hati lembu..kekeke

    takpe ko 'makan hati' je ler...:p

    ReplyDelete
  7. Papa: heheh cuba la, insya'allah sedap..:)

    ReplyDelete
  8. pssttt mmg dah lama 'makan hati' nih... muahahaa :p

    ReplyDelete
  9. kalau tukar hanti kambing boleh x?

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com