Monday, July 04, 2011

Transformers 3 Dark of The Moon.

Assalamualaikum wbt...

Hurmm kowang dah tengok eh? 2 kali? fuyoooo betul2 layan ek kowang...ermm ye la, ye la aku je la ni yang tercicir..huhuhuhuhu...Nasib baik semalam mr.hubby balik dah beli tiketnya dulu, tak sangka pulak full panggung malam tadi..(ramai anak2 kecik je aku tengok)..
Tapi memang best lah! kirakan Lin bagi 4/5 bintang untuk cite ni, cuma yang 1 bintang lagi tu tak puashati sebab banyak sangat bercakapnya di awal ceritanya, macam rasa dah mengantuk..hahahahah :p
Part yang tengah tu dah best! sedih sehhh sampai keluar air mata bila lihat dan fikir autobots semua mati meletup! huhuhuhu cer cite cer cite..sedihhhhh :(
Dan part yang ending tu wahh excited macam nak apa, sampai rasa nak bangun je bila autobots tu semua menang..hahahaha eeee apa le mak budak ni, lebih mak dari anak..hahahahahaha :p
Apa2 pun walaupun Lin tengok just kat panggung ala2 biasa je tu @Perling Mall,JB tapi janji ceritanya memang best sangat2, mana2 tengok pun sama je jugak citenya kan? cuma rasa nak pergi tengok sekali lagi versi 3D punya pulak..mesti lagi kebabommm kan..!

Gambar ni diamabil waktu mula2 promosi Tranformers 3 ni..hehehe

Jom layan sikit sinopsis dari ceritanya...

Transformers 3 Dark of The Moon adalah sebuah filem sambungan daripada Transformers 2 Revenge of The Fallen yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem Holywood. Difahamkan, filem Transformers 3 bakal ditayangkan kepada umum mulai 1 Julai 2011 nanti.
Sekali lagi Michael Bay memikul tugas selaku pengarah filem Transformers 3 yang sudah memulakan penggambaran sejak tahun lalu. Watak pelakon utama pula masih mengekalkan Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky tapi watak yang dipegang oleh Megan Fox dalam Transformers 2 diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly.
Sinopsis Bahasa Melayu – Transformers 3 Dark of The Moon
Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem terbaru Transformers 3 Dak of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bentuk Shockwave (gelombang). Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.
Full English Synopsis – Transformers 3 Dark of The Moon

“The Autobots, led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009’s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There’s new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime “Transformers” character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth.”


Kredit to Berita.com


P/S: Sapa2 yang belum tengok tu, mesti tengok, ermmm tengok kat panggung lain feelnya dengan tengok kat DVD tu..huhuhuhu


With Love

No comments:

Post a Comment

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com