Monday, August 15, 2011

Bingkisan Raya untuk Abah..

Assalamualaikum wbt...

Entry sekadar luahan kerinduan aku pada arwah Abah...tak dapat dibendung dengan pendam dilubuk jiwa, lalu aku tulis dengan kata2 sebagai kepuasan hati buat aku sendiri....

Image search dari en.google..

Abah..
Lagi 2 minggu kita di sini akan berhari raya, dan lagi 2 minggu juga Dolly, Mak, dan adik2 akan ketemu dengan Abah, rindu sangat2 dengan Abah. Persiapan raya Mak dah mula sikit2 buat, adik2 Lily, Sally pun semua sibuk dengan persiapan raya dirumah masing2, Julie masih lagi Mak uruskan, mana yang dia mampu, dia beli sendiri.

Abah...
Hampir 7tahun Abah pergi, banyak sangat kenangan raya yang Dolly kenangkan, menitis airmata jika dikenang2kan, tapi Dolly tak tunjuk depan Mak dan adik2, tak nak buat mereka sedih dan juga terasa sayu bila menjelang hari raya, tapi memang tak dinafikan Mak lah yang paling sedih sejak Abah pergi dan bila tibanya hari raya,..

Abah...
Mungkin jika Abah masih ada, mesti Abah lah orang paling sibuk buat persiapan kan? dulu bila tiba 15 Ramadhan Abah selalu pasang pelita, pasang lampu kelip2, juga susun atur rumah, macam2 Abah beli untuk buat rumah berseri2 bila nak hari raya, biarpun Abah mampu atau tidak tapi Abah tetap sediakan untuk Dolly dan juga adik2...tapi sekarang semuanya Mak yang buat, adamasanya Mak malas nak buat semua tu sebab kenangkan Abah..

Abah...
Tiap kali lepas sembahyang raya mesti Abah lah dulu duduk dan menunggu anak2 untuk bersalaman dan Dolly lah orang pertama yang akan cium tangan Abah dan peluk cium pipi Abah, dan kemudian adik2 menyusul  beserta dengan airmata kemaafan, tapi sekarang, tiap kali pagi raya bersalaman dengan Mak, airmata kemaafan mengalir beserta kesedihan ketiadaannya Abah disisi..

Abah..
Kalau Abah nak tau, tiap kali malam raya Mak sediakan dan nak masak sambal kacang kegemaran Abah tu, mesti Mak akan menangis, sebab Abah lah orang yang akan merasa dulu cukupnya garam dan perasa dalam sambal kacang tu, tapi sekarang Mak tetap masak sambal kacang kegemaran Abah tu, tapi makan dengan penuh kenangan....

Abah...
Buat pengetahuan Abah, tiap2 kali berhari raya, rumah Mak sepi, sunyi biarpun riuh dengan suara anak2 dan cucu2 Abah tapi tetap sepi dan tak lengkapnya berhari raya tanpa Abah....

Abah...
Insya'allah di hari raya pertama/kedua nanti Dolly, Mak dan juga adik2 akan ke pusara Abah dan bertemu dengan Abah, tiada apa yang dapat kami bawa bekalkan untuk Abah, cukup sekadar Yassin & Al-Fatihah mengiringi Abah di pusara dan doa moga Abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh..Aminnn
Selamat Hari Raya Abah!..


Al-Fatihah buat Mohd Noor Bin Mohd Hasshim & Mohd Rafifi Bin Mohd Noor.
*Entry ni aku tak akan jawab komen2nya ye..cukup sekadar ucapan terima kasih buat semua yang sudi komen/mendokan untuk arwah Abah...



P/S: Kesedihan terlampau di 15 Ramadhan..Hanya kepada mu Ya Allah yang mengetaui kerinduan itu...


5 comments:

  1. sedihnye kak

    semoga arwah tenang di sana

    melihat keluarga y bahgia di sini

    ReplyDelete
  2. alfatihah...
    MK pun raya tanpa abah..masuk 4thn dh..

    ReplyDelete
  3. *meleleh.................
    *speechless...

    al-fatihah ;(

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com