Kes budak hilang penipu!!!

8/18/2011 08:12:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Kita perihatin kita share, terpulanglah bagaimana Allah nak membalas jasa kita..
Cuma satu je nak kata...'TERGAMAK!!!!'nyaaaa la adik oiii....apa yang boypren ko bagi kat ko tu sampai ketepikan dan sanggup buat kes macam ni kat ibu bapa ko yek!!! *huh!


Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga



PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.
Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.
Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.
“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.
“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber dari Kosmo.




P/S: Dimana silapnya????...


You Might Also Like

8 Comments

  1. ish.. bdak2 zaman skrg nie. ap nk jdi r.

    ReplyDelete
  2. budak skank nie bijak bukan main lagi...

    ReplyDelete
  3. aduhai remaja hingusan. bertindak tak fikir dulu.

    *kecewa mak ayah.

    ReplyDelete
  4. alahai... 17 tahun..... budak lagi.. mamat tu harap modal hensem jea ar. penganggur?? cit. malu mak bapak weiii..

    ReplyDelete
  5. nape la wat cam gini? boipren da la penganggur... pas tuh bleh plak nak nipu mak bapak... isk..isk..

    ReplyDelete
  6. adoiyaaii...
    ni terpengaruh sangat la nih...

    Susah juga kan nak jaga anak yang dah besar camni... Ni kes percaya boipren dari family sendiri la ni..


    aduss minta dijauhkan

    ReplyDelete
  7. boleh ler plak main culik2..kang dah kena culik tul2..bru la tau erti penyesalan..mcm2 tul la dak skang ni..x reti bersyukur

    ReplyDelete
  8. bdk skang ni krn duit + pakwe sanggup bt apa sj...

    ReplyDelete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com