Tuesday, December 27, 2011

Cuti-cuti @A-Famosa Melaka: Cowboy Town.

Assalamualaikum wbt...

Sambungan dari entry INI
Balik dari Animal World tu, kitaorang semua check in resort dulu di D'Savoy Condominium, dah mandi2,solat dan tukar pakaian, dalam jam 6.30pm kitaorang gerak menuju ke Cowboy Town, Kak CT & Family tak join, sebab ada hal lain yang perlu dituju, so hanya kami 11 orang saja yang teruskan xtvt kami tapi memasing perut dah lapar, so kitaorang pakat makan dulu sebelum tengok show.



-Kitaorang makan luar dari A-Famosa, sebab mahal giler makan kat dalam tu. Lepas makan kitaorang masuk balik dan terus menuju ke Cowboy Town. Macam biasa lah, dah namanya cuti, mestilah ramai giler owang beratur nak masuk beli tiket, kena sabar menunggu dan jangan berebut. 



-Dapat aje tiket, pakai handstrap, kitaorang terus bergegas ke tapak carnival show, mak aiii owang punyalah ramai penuh sesak, so tak dapat duduk area tengah, dapat duduk hujung saja, tapi jangan bimbang, semua show tu, kowang dapat lihat sebabnya mereka akan lalu depan kowang juga buat persembahan, kalau nak duduk depan, kowang kena datang awal ok..

-Persembahan abang2 api, sembur sana, sembur sini, nasib baik tak tersedak asap..hehehehe

-Persembahan Snowina The Musical. *Agak boring sikit tang show nie..

--Persembahan Animal Circus(macam2 binatang). *boleh bagi makan gajah, sepaket tebu rm5 saja..

-Persembahan kereta berhias. *macam2 kereta termasuk kereta lembu..hehehe

-Tapi yang paling mencuit hati gelagat si ayam2 ni berlari, adeii jinak sungguh dan buat latihan betul lah ayam2 ni, berlari terus tanpa menghiraukan owang2 kat tepi semua, meluru terus menuju ke garisan penamat..hahahaha
*dan macam2 lagi lah aksi binatang yang lain2..

-Persembahan carnival diakhiri dengan letupan bunga api, sangat2 cantik...puashati!..

-Habis persembahan carnival tu, kitaorang beratur pula ke theatre 4D, nasib baik now showing tu Underwater World, buatnya Haunted House, mau pengsannn dalam tu ketakutan..huhuhu

-Lepas show theatre 4D tu, kowang dah boleh lah buat xtvt bebas kowang, nak posing sana sini ke, nak soping cenderahati ke, yang muda mudi tu jangan takut, macam2 ada, seperti western live bands, restaurants, karaoke, disco, beer garden, pubs, cyber cafe, wet market, photo studio, hair saloon, game center, bowling alley dan children's park and fun fair memang happening.

Kesimpulannya, biarpun tiket mahal tapi amat puashati dan sangat menghiburkan, yang kanak2 mesti suka dan takkan lepas mulut tu asyik bercerita aje. *macam si Amat nie..hehehehehe

Operation Hours
Monday - Thursday : 6.00pm till 12.00 midnight
Friday - Sunday, Public Holidays : 6.00pm till 2.00am 

Entrance Fee
Malaysian : RM 50 per adult / RM 40 per child
Foreigner : RM 65 per adult / RM 45 per child






P/S: Ok nanti Lin sambung kongsi cerita resort yang Lin menginap pula ok..tungguuu :)


4 comments:

  1. Mr J dah beberapa kali planing nak pergi tapi xjuga jadi2... harap2 tahun ni jadilah..



    * Ada masa datanglah ke Rumah Mr J : www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  2. Afamosa xpernahsampai lagi...w'pun hubby ku org melaka..hu huu

    ReplyDelete
  3. Mr.J: Sis kali pertama dtg sini, book resort pun last minit, tapi kalau nak pergi pastikan 2D 1N, baru best! dapat pergi semua taman tema dia...

    ReplyDelete
  4. Qaseh: Pergi jangan tak pergi, memang best bawak anak2 ke sini, persembahan carnival tu yang menghiburkan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..