Kahwin Muda? Boleh tapi...

12/20/2011 03:10:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Tentu kowang pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.
Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?


Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika kowang mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni kowang itu! Tapi adalah lebih baik jika kowang buat persediaan yang rapi sebelum kowang melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

7 tips yang boleh kowang ikut dan penuhi terlebih dahulu jika kowang ingin kahwin awal di usia muda:
*setelah Lin edit dan diringkaskan..

TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.

TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.

TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.

TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.

TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.

TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

Jadi terpulanglah pada masing-masing, kena fikir sebelum bertindak, hati ibubapa perlu dijaga dan jangan sesekali membelakangkan mereka, jadi renung2kan dan selamat beramal..




*Kowang must see this video! so sweettt ..Moga kalian berdua (Dena & Arif) juga kekal bahagia hingga ke akhirnya..A-Minn



P/S: Lin kahwin muda seusia 18tahun(selepas keluar result), dan alhamdulilah bahagia dikurniakan 3 orang cahayamata dan juga punyai suami yang penyayang dan kuat bekerja, syukur pada mu Tuhan...


10 Comments

  1. Tahniah!
    Dulu plan x moh kawen muda sbb pk ala nnt x puas nak joli2.. klu dapat laki yg happening n sporting, ok la tapi klu dpt yg sebaliknya, ha x merana seluruh hidup...

    al-maklum darah muda so musti nak enjoy je pk nya haha

    pastu bila skrg ni pk2 balik, nyesal x kawen muda..hahah padan ngan diri sendiri, tgk kengkawan , anak2 dah besar panjang br timbul perasaan, "isshh rugi nya ako x kawen cepat dulu!"..

    pokok pangkal, hati memasing..
    percaya pada diri sendiri,
    percaya pada DIA yang satu!

    sweet nya Dena & ariff kan...!!
    Nak camtu gakk hahaha :p

    ReplyDelete
  2. sangat bagus tips yang di persembahkan...


    http://kozumiro.com/

    ReplyDelete
  3. Retna: Alhamdulilah betul tu, kira ikut nasib dn jodoh juga sebenarnya, bukan ikut kata nafsu tapi ikut kata hati dan yg penting bersedia.. :)

    Aku plk dulu fikir tgk kwn2 semua enjoy2, rasa mcm terpinggir dgn kwn2 sbb dh ada anak dn duduk rumah aje, tp skrg 'lihatlah dunia', sapa kata x boleh enjoy kannn? :)

    Tp belum terlambat lagi kann, hehehe moga berjaya! :p

    ReplyDelete
  4. Kozumi: Thankx ya..berkongsi seadanya...

    ReplyDelete
  5. Bagusnya Lin, anak2 dara saiz cam kawan2 je kannn :)

    Semoga bahagia hingga ke syurga awak sekeluarga Lin, Amin.

    ReplyDelete
  6. DULU SELALU BERANGAN NAK KAWIN MUDA SEBAB TI LEH DAPAT ANAK AWAL.. BILER ANAK DAH BESAR SOK MESTI DEKAT SEBAYA NGAN MAK DIA

    ReplyDelete
  7. tips yg sgt mmbantu...thanx kak.. :) moga perkahwinan akak kekal hingga ke syurga..amin... :)

    ReplyDelete
  8. Oh Oeya: Hehehe kann, dulu2 rasa mcm rugi sangat kawin awal tp bila fikir sekarang, tgk anak2 dh besar alhamdulilah ...

    Aminn..thankx Oya..

    ReplyDelete
  9. IEB: Betul tu, tapi tgk faktor juga kenapa kawin muda..kalau boleh sambung belajar, jgn fikir kawin awal dulu..teruskan belajar dn kejar kerjaya yg cemerlang :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com