Breaking

Thursday, March 22, 2012

'Buah Zuriat'.

Assalamualaikum wbt..

Ermm mesti ramai yang tak tau kan apa itu 'buah zuriat'..kan kan? *Lin pun dulunya tak tau jugak.. ;p
Diringkaskan dan mudah faham, 'buah zuriat' ni iaiah buah untuk mereka pasangan suami isteri yang tiada atau sudah lama tiada(ingin menanbah) anak/zuriat setelah lama mendirikan rumahtangga. Tapi ye lah kan, kita hanya mampu berusaha, selebihnya ditangan yang Maha Kuasa..Insya'allah..
Jom kita baca dan kongsi info/khasiat/cara/tips bagaimana nak makan buah zuriat nie..
*gambar & info dipetik dari SINI.


Bila sekali pandang, tengok buah zuriat ini seperti buah pinang pula. Warnanya coklat pekat, bersabut, ada isirung dan isi putih. 
Sebenarnya buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam / buah hawa /buah zuriattin / buah koka. Nama saja yang berbeza namun merujuk kepada buah yang sama. Buah zuriat ialah buah yang berasal daripada pokok koka. Bila sebut sahaja perkataan Koka, mesti ramai tahu.. 
*err.. tak tahu? alaah, yang ramai orang dok sibuk beli buat cincin, tasbih dan gilang tangan tu..hehe

Info tambahan: Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.


#Khasiat Buah Zuriat.
Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. 
Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. 

#Macamana nak dapatkan buah zuriat.
Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak. Di situ saja yang ada buah nie. Harganya sekitar 25 sen sebiji. Kalau nak, kenalah minta tolong kepada sesiapa yang hendak mengerjakan haji atau umrah untuk belikan.


#Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-

1.Cara Pertama
-Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

2.Cara Kedua
-Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru. 

#Tips-tips.
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: 
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya. 






P/S: Nak seribu daya, Doa Yakin dan Usaha, pasti temui jalan penyelesaiannya, atau mungkin ada hikmah disebaliknya..


10 comments:

  1. Saya pernah makan dengan cara mengikis, tapi disebabkan buah ini terrrlalu keras, nak kikis sebesar kuku yang dipotong pun bukan main siksa lagi. Lagi satu, disebabkan ianya sangat keras, maka mungkin perut x boleh hadamkannya. Saya terkena sakit pundi kencing buat beberapa ketika. Jadi, mungkin cara yang terbaik adalah dengan minum air rebusannya...

    ReplyDelete
  2. Zyash: Oo ye ke..mudah2an berguna untuk dijadikan info diri sendiri juga rakan2 yg lain.. :)

    ReplyDelete
  3. Aziela: Yee mmg buahnya keras, thankx ya sudi kongsi bersama untuk tambahan dan pengalamannya, kawan Sis tgh mengamalkannya, mudah2an doa mereka diperkenankan...aamiinn

    ReplyDelete
  4. Pertama kali tau tentang buah ni.. Thx Lin :-)

    ReplyDelete
  5. Oh Oeya: Sama2 Oya..just sharing the info.. :)

    ReplyDelete
  6. Kalau kita rebus buah tanpa belah,boleh tak?susah nak belah 2keras sangat

    ReplyDelete
  7. Salam..
    kami ada menjual buah zuriat dgn harga yg murah...rm40 utk 10biji...rm60 utk pakej jimat (10 buah zuriat+1 serbuk debunga kurma)..boleh jenguk page fb kami ya.. Faraway Shoppe.. abaya yg cantik2 pn ade.. ;)

    ReplyDelete
  8. Salam lin. Kalau sy rebus sebiji je buah zuriat tu takpe ke

    ReplyDelete
  9. Salam lin. Kalau sy rebus sebiji je buah zuriat tu takpe ke

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..