Info: Jangkitan buah pinggang.

Assalamualaikum wbt..


Jangkitan buah pinggang, atau dikenali secara klinikal sebagai pielonefritis, adalah sejenis jangkitan pada saluran kencing (ISK) yang boleh terjadi pada satu atau kedua-dua buah pinggang. Bakteria yang biasanya menyebabkan jangkitan buah pinggangyang masuk melalui uretra dan akan menuju ke pundi kencing dan buah pinggang. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan pada mana-mana bahagian dari saluran kencing.

Kebiasaannya, urin akan menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan. Walaubagaimanapun, kadang-kadang bakteria yang tidak dihapuskan akan mula membiak dan akan menyebabkan jangkitan.

Jika jangkitan buah pinggang tidak dirawat, ianya boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kekal pada buah pinggang dan boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik. Dalam kes yang jarang berlaku, bakteria yang menyebabkan jangkitan boleh merebak ke dalam aliran darah. Hal ini boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa iaitu sepsis.


Apakah penyebab pielonefritis?
Bakteria kebiasaannya menyebabkan jangkitan pada buah pinggang. Keadaan ini terjadi ketika bakteria melekat pada pembukaan urethra dan mula membiak, akan merebak ke pundi kencing dan buah pinggang dan akan menyebabkan jangkitan.


Kemungkinan lain yang boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang ialah:
-Jangkitan pundi kencing.
-Pembedahan pada saluran kencing.
-Penggunaan jangka panjang kateter untuk mengalirkan urin dari saluran kencing.
-Penggunaan cystoscope untuk memeriksa pundi kencing dan saluran kencing.
-Keadaan perubatan seperti pembesaran prostat dan batu buah pinggang yang boleh menghalang aliran urin dari pundi kencing.
-Kecacatan atau kelainan pada saluran kencing yang menghalang aliran urin.


Apakah tanda & gejala pielonefritis?
Bagi golongan dewasa yang mempunyai jangkitan buah pinggangboleh mengalami satu atau lebih dari tanda-tanda dan gejala di bawah:
-Rasa sakit pada bahagian belakang, di tepi dan juga pangkal paha.
-Rasa sakit atau seperti terbakar ketika membuang air kencing.
-Sering rasa hendak membuang air kencing.
-Kegagalan untuk buang air kencing jika ada halangan di saluran kencing.
-Urin berwarna keruh, gelap atau berbau busuk.
-Rasa mual dan muntah.
-Demam atau menggigil.
-Darah di dalam urin(hematuria).

Bagi kanak-kanak pula, mereka mungkin tidak dapat memberitahu anda sekiranya ada sesuatu yang tidak kena. Oleh itu, anda perlu memerhatikan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan buah pinggang pada mereka, seperti:
-Demam
-Cerewet dan mudah tersinggung
-Cirit-birit
-Tidak mahu makan
-Muntah
-Urin berwarna keruh atau berbau busuk
-Darah di dalam urin

Bagi kanak-kanak yang lebih tua, tanda-tanda dan gejalanya seperti:
-Rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing
-Sering membuang air kencing
-Urin berwarna keruh atau gelap
-Darah di dalam urin
-Sakit punggung dan juga perut
-Selalu kebasahan samada pada waktu siang atau malam


Siapakah yang berisiko terhadap jangkitan buah pinggang?
Jangkitan buah pinggang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tetapi sesetengah individu lebih cenderung untuk mendapat jangkitan berbanding individu yang lain. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan ialah:

Jantina : Wanita lebih berisiko mendapat jangkitan buah pinggang berbanding lelaki. Ini kerana urethra wanita lebih pendek dari lelaki. Bakteria akan lebih cepat merebak ke pundi kencing dan saluran kencing dan ini akan menyebabkan jangkitan buah pinggang. Selain itu, pembukaan urethra wanita lebih dekat dengan vagina dan anus, yang merupakan punca paling berpotensi untuk berlakunya jangkitan.

Penggunaan kateter jangka panjang : Kateter, sejenis tabung yang diletakkan di urethra dan pundi kencing yang digunakan untuk mengalirkan urin. Seseorang yang tidak sedar atau koma, memerlukan penggunaan kateter dalam jangka waktu yang lama. Bakteria yang mungkin wujud pada kateter boleh menjangkiti pundi kencing dan akibatnya berlaku jangkitan pada buah pinggang.

Halangan pada saluran kencing : Suatu jangkitan pada saluran kencing yang disebabkan batu karang, kelainan anatomi saluran tersebut, dan pembesaran prostat boleh melambatkan atau sama sekali menghambat aliran urin. Halangan pada aliran urin akan meningkatkan risiko berlakunya jangkitan buah pinggang.
Gangguan sistem kekebalan tubuh : Keadaan yang menyebabkan perubahan pada sistem kekebalan tubuh seperti diabetis boleh meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang. Penyakit lain yang menekan sistem kekebalan tubuh seperti HIV juga boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang.

Penggunaan kaedah kawalan kelahiran tertentu : Menurut beberapa kajian, wanita yang menggunakan diafragma lebih berisiko untuk meningkatkan jangkitan UTI, iaitu jangkitan buah pinggang, berbanding wanita yang menggunakan kaedah kawalan kelahiran yang lain. Kajian lain juga mendapati bahawa wanita yang pasangannya menggunakan kondom mengandungi busa spermisida juga berisiko mempunyai pembiakan bakteria E.coli di vagina.

Artikel sepenuhnya di SINI..






P/S: Dari pengalaman dan sebagai nasihat Lin, 'minum air masak sebanyak mungkin'..huhuhu serik dan fobia rasanya!!!..


6 comments:

  1. huh..nasib baik takde tanda2 tu..nice info dan minum air banyak2!!


    melawat dari http://kalampatah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..dulu bakteria tak sempat naik ke buah pinggang...huhu...pengalaman kita hampir sama...moga sama2 berhati2 lepas ni, kena minum air banyak2...

    ReplyDelete
  3. Lin, semoga awak sihat ya.
    Kita pn pernah baca tentang jangkitan ni.. Takut juga..

    ReplyDelete
  4. Hazwan: Alhamdulilah..jaga kesihatan dn minum air masak dgn secukupnya... :)

    ReplyDelete
  5. Sunah: Alhamdulilah...kita kena waspada dn berjaga2 Sunah, sekali klu dh terkena aduhhh sakitnyaaa, masih fobia dn seriau bila ingat2..huhuhu

    Take care Sunah...

    ReplyDelete
  6. Oh Oeya: Thankx Oya..alhamdulilah dh sihat, tp msh dlm course antibiotik lagi...
    Sapa yg terkena musti tau rasa sakitnya..huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..