Doa atas Kelahiran Anak.

Assalamualaikum wbt..

Tahniah buat Ben Ashaari dan isterinya Azila, yang telah selamat melahirkan dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comei dan tembam...mana taknya berat baby mencecah ke 4.2kg kusss semangat, tapi hidungnya fuyoo mancung seyyyy, katanya ikut kehensemman ayahnya, huahuahuahuahua *tang mana tu tak tau le..kekeke ;p
Moga kedua2nya ibu dan anak sihat dan buat Zila, selamat berpantang ye, jaga makan minum dan kesihatan. Ben, ko rajin2 le ye menolong buat keje rumah, tukar lampin, buat susu tiap malam..hehehe ;p
Tumpang gembira buat kalian. Tahniah sekali lagi dari Lin sekeluarga... :)



Merupakan atsar yang dinisbahkan kepada Husain bin `Ali ra, bahawa beliau mengajar seseorang jika mendapati orang lain dikurniakan anak, agar mengucapkan selamat dengan doa:

Barokallahu laka fil-mauhubi wasyakarta al-Wahib wabalagha asyuddahuwaruziqta birrohu.
"Semoga keberkatan terlimpahkan kepadamu atas kelahiran ini. Bertambah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Boleh melihatnya hingga dewasa. Dan dikurniakan kebaikan-kebaikannya serta keberbaktiannya. "

Dan orang yang diberi ucapan selamat itu menjawab:

Barokallahu laka wa baroka `alayka wa jazakallahu khayran wa rozaqokAllahumitslahu wa ajzala tsawabaka.
"Semoga Allah memberkahimu, memberikan kebaikan kepadamu, memberi mu balasan yang baik, memberi kurnia seperti ini juga, dan menggandakan pahalamu."

Semua dalam bentuk Mudzakkar Mufrod (lelaki perseorangan).

Sedangkan doa untuk kanak-kanak, itu merupakan hadith riwayat Bukhari juga Abu Daud dari Ibnu` Abbas, ketika Rasulullah mendoakan akan Hasan-Husain yang baru lahir, dengan redaksi fa `il Mufrod (yg mendoakan akan perseorangan) dan maf` ul Mutsanna Mudzakkar (anak yg didoakan dua orang lelaki):

U `idzukuma bikalimatillahi at-tammah min kulli syaithonin wahammah waminkulli` ainin lammah.
"Aku memohon perlindungan atas keduanya dengan Kalimat-kalimat Allah yang
sempurna dari segala godaan syaitan dan binatang buas, serta dari pandangan mata orang yang dengki. "

*lepas ni menunggu lagi kelahiran seorang teman blogger..risau sungguh dengan dia..huhuhuhu, mudahan dipermudahkan..aamiinnn..






P/S: Hurmmm bestnya dapat cium baby kan, bau baby dan minyak yu yee nya sedappppppp bila digomol2..


4 comments:

  1. tahniah to abg ben. comel sgt baby mereka =)

    ReplyDelete
  2. Assalam... sungguh comel... bau baby adalah bau dari syurga.. wangi je :)

    Thanks tuan rumah, doa yg baik tuk diamalkan....

    ReplyDelete
  3. Khumaera: Comel kannnn...Alhamdulilah dan tahniah bt mereka :)

    ReplyDelete
  4. Ibuani: Wasalam...Sis pun suka bau babay. lg2 bedak Johson dn minyak Yu Yee...sedapppp :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..