YAKIN DIRI SEBAGAI SURIRUMAH

5/18/2012 03:10:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Menjadi suri rumah bermakna Anda kena bersedia menjadi seorang yang amat sibuk.
Anda perlu menyediakan diri dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan bebanan tugas menjadi seorang suri rumah. Bukan untuk setahun dua, mungkin untuk belasan tahun yang akan datang.



Jika Anda seorang suri rumah yang keliru atau kurang konpiden, berikut adalah 3 tips asas untuk membina rasa yakin diri:

1. Elak merasa tertekan dengan lama ketika menyempurnakan kerja-kerja dalam rumah yang bertimbun dan tak pernah habis tu. 
-Jalankan, lakukan semuanya dengan penuh rasa bertanggungjawab. Jika Anda selalu merasa ragu-ragu Anda boleh buat ke tidak, ok ke tidak, takut suami ok ke tidak, itu petanda besar anda kurang yakin dengan diri sendiri.

2. Minta suami menegur Anda untuk memperbaiki diri kualiti diri Anda.
-Dia akan nampak kekurangan-kekurangan diri Anda yang Anda tak nampak. Untuk memperbaiki diri, kritikan serta teguran orang lain selain kita amat perlu. Bila dah ditegur, diamkan diri dan jangan lawan.

-Teguran, walaupun pedas, baik untuk mengatasi kekurangan Anda. Terima teguran, serap dan tukar ia menjadi pencetus perubahan positif. BIla Anda berubah, suami nampak perubahan tu, dia akan hepi. Bila dia dah hepi, Anda akan hepi sama. Kesannya, rasa yakin diri Anda mulai timbul lalu semakin menambah sedikit demi sedikit.

3. Berkawan dengan suri rumah lain.
-Kawan bukan sebarang kawan. Pilih suri rumah yang Anda lihat positif sikapnya, percakapannya dan perbuatannya. Dekati dia sebab dengan itu Anda juga akan terjangkit sinar kepositifan yang dipancarkan olehnya. Dengan sikap positif, kita boleh hilangkan keraguan, kesangsian, rasa kurang konpiden dan sikap takut-takut, iaitu takut dikritik.


Apa akan jadi apabila seorang suri rumah rasa kurang yakin dengan dirinya?
Berikut adalah 6 masalah besar yang mungkin terjadi:

a/. Suami hilang selera nak berbinikan Anda.
b/. Anda bercelaru, bermasalah dalam mengurus diri, mengurus anak-anak, mengurus suami.
c/. Asyik melakukan kesilapan dan tidak pernah belajar untuk mengatasi kesilapan, bila ditegur Anda terus jadi ‘down’.
d/. Anda tertekan, membuat Anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali. Tetiba malas dan hilang kegembiraan.
e/. Suami asyik mencemuh sikap Anda kerana bosan dengan ketidakyakinan Anda. Mungkin dia akan jarang balik ke rumah.
f/. Suami memilih untuk berpisah dengan Anda.


Jika salah satu daripadanya ada pada Anda, berwaspada kerana ia akan menghancurkan motivasi Anda sekelip mata. Anda akan susah membina rasa yakin diri.






P/S: Dua tiga harini mood down..banyak status(fb & twitter) dan entry blog telah mempengaruhi minda ku ini..huhuhu


You Might Also Like

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com