BAZAR RAMADHAN vs BAZIR RAMADHAN

7/31/2012 09:06:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah sudah 11 hari kita berpuasa, amacam? Berat badan sudah turun? atau makin berpusing jarum timbang? Huhuhu buat masa ni malam tadi naik timbang baru turun 1kg, satu penurunan yang bagus ni, 1 minggu 1 kg, kalau 4 minggu puasa? haaa tak ke 4kg turun, hanya dengan amalkan pemakanan SIHAT dan JIMAT..
SIHAT maksudnya banyak makan makanan yang seimbang dalam kuantiti yang sedikit dan tidak gelojoh! Kalau gelojoh nanti tercekik so memerlukan meneguk air bergelas2, jadi makan dengan perlahan, makanan hadam dan minum selepas makan..hehehehe
JIMAT pulak maksudnya, beli barangan mentah dan masak dirumah, boleh kira budget berapa banyak nak masak, tak perlu bazir masak banyak2 nanti dah lepas berbuka mesti tak habis lauk pauk tu kan kan. Masak aje ikut rutin harian kita memasak hari2 tu. 
Lebih2 lagi kalau pergi bazar Ramadhan tu, ishhh bukan boleh pergi tempat macam tu time lapar, semua benda nampak depan mata nak dibelinya tapi rasanya??? hampeh!

Pengalaman Lin setelah 11 hari berpuasa dan sekali aje ke Bazar Ramadhan:
1- HARGA kebanyakkannya semua dah naik harga.
2- RASA takde rasa, indah rupa dari rasa..
3- MENU kebanyakkannya tidak masak, lebih2 lagi ayam percik, tidak dibakar dan masak dengan betul. Putu bambu yang Lin beli mentah bahagian tepungnya, air tebu rasa masam!
4- KEBERSIHAN terutama lalat tidak dihiraukan, sebab itu boleh menyebabkan sakit perut dan muntah2..

Tapi ini bukan nak 'kondem' tapi mungkin nasib Lin takde rezki nak merasa betul2 keenakkan menu bazar Ramadhan, so jadinya BAZIR...huhuhuhu






P/S: Harini nak masak apa yeeee? No idea laaaaaaa.. ;(


You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. hari ni nak wat kek cekelat..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sis Lin , Better masak je kan dari membazir kat Bazaar Ramadhan sebab Ty setuju dengan Sis Lin nak berniaga tapi macam tak ikhlas.

    ReplyDelete
  3. air katira pelisssss!!!
    ngidam ni hahaa

    ReplyDelete
  4. aku skang ni jenuh pusing satu bazaar, still x tau nak mkn apa.

    ReplyDelete
  5. Masak lagi berpuas hati kan... :)

    ReplyDelete
  6. Puasa untuk mengawal nafsu tetapi ramai yang "kalah" sebelum tiba waktunya.. =)

    salam kunjungan
    www.shahrulhairy.com

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.