RESEPI JELLY CO-GELI

3/07/2014 10:35:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Yeeee saya sibuk, bukan saya takde masa tapi saya terlalu mengejar masa sejak2 kebelakangan ni. Tu la kan dah takde keje cari keje, gini le jadinya, sampai tak cukup kaki tangan dibuatnya siapkan order menDADIH DIDIH dan menJELLY CO-GELI ...tapi alhamdulilah! rezki dari Allah, bersyukur sangat, buat tambah duit poket...
Ok dah ramai sangat yang PM, email dan whatsapp bertanyakan resepi Jelly co-Geli ni, ada yang minta di ajar dan ada yang minta nak buat meniaga, alhamdulilah rezeki masing2, meniaga tu sunah!..biar sedikit jumlahnya, tapi berkat..sikit2 lama2 jadi bukit..
Baiklah, disini Lin kongsikan resepi Jelly co-Geli yang menjadi kegilaan anak tekak dikalangan kawan2 Lin musim2 panas ni hehehe..ishhh ilmu jangan lokek, makin banyak kita kongsi makin mencurah2 rezkinya kemudian hari..tak gituu..
Ok jomm semak respi ye..


RESEPI JELLY CO-GELI ...

Bahan untuk buat jelly kelapa:
2 biji kelapa muda
1 cawan mug air ( kalau nk rasa fresh jangan tambah air langsung ) 
Gula ikut suka sebab sesetengah kelapa manis airnya
daun pandan 
Agar-agar  8 gram (Lin guna yg serbuk)
Secubit garam
Bekas jelly


Cara membuatnya :  
1. Tapis air kelapa. Isi kelapa dihiris,,
2. Masak agar2 hingga hancur bersama daun pandan (jangan banyak sangat daun pandan, cukup untuk wangikan aje)
3. Masukkan gula kacau hingga hancur
4. Masukkan air kelapa dan isi kelapa dan secubit garam (taknak letak pun takpe)
5. Bila mendidih tutup api, tuang dalam bekas.
6. Sejukkan sebelum ditutup dan masukkan kedalam peti sejuk.



*Lin jual sebekas rm2..kira mdal kira penat kira untung, kira boleeee laaaaa...
Mahal ke? ermmm






P/S: Lepas ni nak cuba menjual taufu-Fa, ramai yang mintak, tapi keadaan kemuatan peti ais tu tak mengizinkan..huhuhu


You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. In shaa Allah, peniagaan kecilan-kecilan nampak je kecil tapi sebenarnya menguntungkan...

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.