Wednesday, September 10, 2014

10 SENAMAN MUDAH DI RUMAH

Assalamualaikum wbt..


Tidak semestinya pergi gym atau ke taman2 rekreasi setiap minggu untuk melakukan senaman. Jika buat di rumah, anda boleh mengelakkan bayaran yuran gym yang mahal. Senaman selalunya lebih mudah dilakukan jika anda merasa selesa, dan di rumah, anda boleh bermula tanpa apa-apa halangan/alasan, juga boleh melakukan dengan lebih kerap.
Dan di sini 10 contoh senaman mudah yang boleh anda amalkan.


1. Berjalan
Jika cuaca elok, berjalan di sekitar rumah sambil lihat pemandangan sekeliling memang menyeronokkan. Jika cuaca tidak mengizinkan, cuba berjalan naik turun tangga beberapa kali (pada masa sama boleh angkat turun barang lagi). Ini boleh menguatkan kaki dan lutut. Jika tiada tangga? Berjalan sahaja keliling dalam rumah, walaupun kurang seronok, tetapi masih berkesan.


2. Jumping jack/ lompat bintang
Ini paling seronok, boleh ingat kembali memori zaman kanak-kanak. Lagipun siapa yang tidak pernah main lompat bintang kan? Jangan pelik, jumping jack adalah salah satu senaman kardio yang hebat, juga boleh jadi warm up juga.


3. Pushup/ pumping
Senaman paling tidak disukai kan? Walaupun nampak susah, tetapi pushup boleh juga dilakukan dengan cara mudah. Tidak perlu cuba jadi macam atlet siap pushup guna sebelah tangan, buat sebagaimana yang anda mampu. Buat dengan lutut, berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap dinding. Sesuai untuk meningkatkan kekuatan tangan, juga menguatkan bahagian sekitar dada.


4. Leg lifts/ apungan kaki
Kuatkan kaki. Jika rasa susah untuk apungkan kaki, bengkokkan kaki sedikit.


5. Crunches/ tekan tubi
Untuk kekuatan abdomen/ perut. Tidak perlu risau jika kepala tidak dapat naik habis, asalkan dapat naik/bangun dan anda dapat rasa tekanan pada bahagian perut, ini dah cukup bagus.


6. Jogging in place/ joging setempat
Hebat untuk jantung. Boleh joging semasa menonton tv ataupun mendengar muzik. Jika ada pun alatan yang perlu, hanyalah sepasang kasut untuk mengelakkan kaki melecet/ tekanan pada kaki. 


7. Squats 
Berkesan untuk kaki dan punggung. Jika rasa susah, juga boleh dilakukan dengan memegang hujung kerusi. Asalkan boleh buat berulang beberapa kali, dah cukup bagus untuk badan.


8. Angkat Berat 
Tidak perlu pergi kedai beli alat sukan mahal beli besi angkat berat mahupun dumbel. Guna sahaja apa-apa yang ada di rumah. Mulakan mengangkat barang-barang ringan, seperti setin air pepsi, sebelum pergi kepada barang yang lebih berat, sebekas (ada pemegang) pencuci lantai cecair saiz besar. 


9. Menari 
Senaman yang menyeronokkan. Bahkan boleh meningkatkan emosi/ semangat juga. 


10. Step exercises/ Berjalan setempat 
Senaman naik turun satu anak tangga. Boleh kuatkan otot kaki. Pastikan jangan tergelincir semasa melakukan senanam ini. Jika rasa kurang seronok, buatlah apa-apa gaya aerobik juga, asalkan naik turun terjadi.


Semua nak kurus dan fit, tapi kalau malas nak senam, ermm makan ubat kurus mahal sekalipun takde kesannya. Lin dah pernah gemuk, dah pernah rasa kurus, so sendiri rasa kurus lebih elok sebab bila gemuk banyak kegiatan kita terbatas, bukanlah nak kurus sangat, janji berat badan tu ikut kesesuaian BMI kita cukuplah. Nak paka baju pun takde masaalah.
Terpulanglah pada memasingkan..tapi gemuk ke kurus ke, janji sihat ok..*wink*



Sumber: tipsbestbest 





P/S: Suka dengan pepatah ni.. "Inside some of us is a thin person struggling to get out, but they can usually be sedated with a few pieces of chocolate cake." - Anonymous


4 comments:

  1. Kerja2 kita seharian di rumah pun dah dikira riadah utk kita. Banyak dan bermacam2 pergerakan yg kita lakukan dlm melakukan kerja2 rumah...

    ReplyDelete
  2. takde teman nak buat sesama hahahaha

    ReplyDelete
  3. Senang cite kena rajinla walau di mana anda berada..

    zulfahhouse.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. No 9.. Best tu menari..mila suka belet..tp tak pandaipun

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..