Wednesday, November 12, 2014

BUBUR PULUT HITAM

Assalamualaikum wbt..


Haaa lagi sekali post entri pasal masak masak, ermm gini le kalau mood rajin datang, bila tekak teringin je, mood pun ada rajin, korek2 bahan, terus buat terus menjadi, tapi kalau mood maleh, ermm ada bahan pun tak menjadi punya, betul tak ?
Dari kelmarin dan kelmarin dah rasa nak makan bubur pulut hitam, nak beli ? Semua beli tak kena kat tekak, ada tawar le, tak lemak le, masin pun pernah kena, so kala ni, baik le buat sendiri aje, puashati !
Memang senang je buatnya, sambil rebus beras hitam tu, bole sambil godeh facebook hahahaha. Kalau jenis yang memang tak tau, senang macam mana pun, memang susah le, yang senangnya makan free je hahahahaha...
Walaupun ramai yang tau resepi dan cara membuatnya, Lin nak gak share kat sini, lain orang suka makan santannya letak kemudian, tapi Lin santan campur sekali, sonang lagi kan. Nak sedap lagi, masa makan kowang letak eskrem vanilla, perghh lagi sedap ! tu kowang buat sendiri yer..hehehehe
Aku suka, kowang suka ??




BUBUR PULUT HITAM 

Bahan :
1 cawan pulut hitam 
Air 5 cawan mug (ikut masing2 nak pekat atau cair)
3 sudu besar gula (ikut kemanisan masing2)
Secubit garam
1 kotak santan kotak (santan perah pun bole juga)
Daun pandan (masa nak masak takde pulak daun pandan, kalau ada kowang letak, bagi harum kuahnya)


Cara:
Masak pulut hitam bersama air dan daun pandan (jika ada) hingga empuk (sampai pulut hitam tu pecah2).
Masukkan gula dan secubit garam. 
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Siap untuk di hidang..


Senang kan ? Selamat mencuba yer...






P/S: Ni dah mula teringin nak makan kuih kaswi adeiii tolong !!


1 comment:

  1. alamak..favourite!!!lama tak makan..nak nangis tengok bubur nih..

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com