Thursday, September 17, 2015

RESEPI MAGGI KETAM ROYALE

Assalamualaikum wbt..


Sehari ke sehari aku nak makan megi ketam yang berdekatan dengan rumah aku ni, tapi ada je halangannya. Kebetulan pulak ada kawan baru makan kat sana, katanyaa laaaah, harga agak mahal dan rasa kurang pada tekak dia, ermmm..Ok aku tak nak komen apa apa sebab aku sendiri tak rasa lagi. Jadi nak di pendekkan entri aku ni, incik suami ke pasar ada membeli ketam, besar besar ketamnya. Dan dengan tiba tiba idea datang nak buat megi ketam, lagi pulak ada pulak stok maggi royale korea tu kat rumah, so apalagi projek berjalan dengan lancar hehehehe...




Bahan bahannya..
(Hidangan untuk 2 orang)

- Semestinya laa ketam.
- Maggi. (tak kisahlah maggi apa brand pun, janji maggi.) Aku guna yang ni kunun ala ala Korea ..
- Selabu bawang besar
- Seulas bawang putih
- Sayur sayuran. (ikut suka korang la nak guna sayur apa)
- Udang. (Pun ikut suka korang nak letak ke tak)
- Lada merah atau cili hjau.
- Air secukupnya.



Cara caranya..

- Rebus masakkan maggi tu dulu dan toskan. Ketepikan.
- Rebus udang atau sayur yang agak lambat lembutnya.
- Hiris bawang besar dan putih juga lada. Kemudian tumiskan hingga wangi dalam kuali.
- Setelah itu masukkan air secukupnya. Dan masukkan perencah maggi yang dalam bungkusan maggi tu dan masukkan juga ketam kedalamnya.
- Masak mendidih hingga ketam masak.
- Bila ketam dah masak, Masukkan mee yang dah di rebus tadi ke dalam kuali beserta udang dan sayur sayur, kacau kacau sebentar.
- Dan tutup api, sediakan magkuk hidangan, angkat mee dahulu ke dalam mangkuk dan kemudian angkat ketam tu dan tuangkan kuah megi tu dalam mangkuk.
- Hiaslah ikut suka korang.
Dah siap makanlah sampai kenyang..hehehe
Sonang je kann...






P/S: Maggi Royale Korean Spicy ni memang sedap meenya. Memang agak mahal sebungkus tu, tapi berbaloi kesedapannya hehehe

0 Orang Komen:

Post a Comment

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com