Thursday, January 12, 2017

KLUANG RAILCOFFEE

Assalamualakum wbt..


Yee akhirnya jejak juga aku kesini, korang dah sampai ? 
Ye la bukan apa, sebab sebelum ni asyik la nengok kawan pergi dan upload gambo aje, pastu tertanya-tanya apa laa yang best sangat kat situ. Tapi bila dah sampai dan merasainya sendiri, barulah tahu kenapa orang suka kesitu dan sanggup beratur dan tunggu lama semata nak minum dan makan kat situ..
Sebenarnya kebetulan aku ke Kluang masa Krismas tahun lepas, tu pun sebab nak melawat kawan Laki aku yang wife dia baru bersalin, so dari Jb aku dan kawan Laki aku, terus gerak ke sana dan stay di Hotel Imperial, sebab kitaorang sampai pun dah petang, so esok pagi baru ke rumah kawan Laki aku tu. Pusing-pusing juga cari hotel, akhirnya dapat betul-betul di tengah bandar, memang tengah bandar dan dekat sangat dengan Kluang Rail ni. 



Pagi esoknya kitaorang terus checkout dan terus ke Kluang RailCoffee untuk bersarapan di situ, dah alang-alang sampai kan, nak gak mencubanya. KItaorang sampai aje, kuss semangat punyalah ramai orang, sampai full tempat duduk, tu pun ada yang sampai menunggu depan meja. Sama juga dengan kitaorang, tabah dan sabar menunggu, alang-alang seluk pekasam, biar sampai dapat tempat duduk hahahaha. 



Setelah hampir setangah jam menunggu, akhirnya dapat juga tempat duduk, kena sabar ye. Dalam pada aku menunggu tu, aku perhatikan gak konsep kedai dia, dan juga servis dia. Kedai dia berkonsepkan kedai dahulu kala, kayu semua, kalau korang tengok kedai dulu-dulu, haa macam tu le konsepnya. Kedainya pulak memang betul-betul stesen keretapi Kluang ye, so kalau korang dari Jb naik keretapi memang akan berhenti kat sini, sebab tu ramai gak kawan-kawan aku saje berjalan bawak anak-anak naik keretapi ke Kluang, sebabnya memang stop ditengah bandar Kluang, jadi tak susah nak cari makan ke atau nak gerak ke sana sini.
Servis dia pun tip top, korang duduk je terus derang datang amik order, pastu sekejap tu sampai dah order, walaupun ramai pelanggan tapi cepat dan mesra alam .



Menu dia ada macam-macam, tapi dalam pemerhatian aku, ramai orang order roti kaya tu haa, sebabnya kaya tu homemade buat sendiri dengarnya, memang sedap ko, patut aku nengok ada yang order penuh satu meja, macam aku ni pestime, so cuba aje le satu, sekali ermm tak cukup pulak..huhuhu. Nanti korang order lebih ok, kang tak cukup macam aku hehehe.
Menu lain ada mee sup, mee hoon bungkus dan nasi lemak bungkus, dan ada satu lagi jenis roti bakar, yang tu aku tak cuba. 
Disebabkan godaan dan cobaan melihat kepekatan air kopiO, makanya aku pun TERorder segelas, padahal aku sedang dalam proses cabaran tidak minum air manis tu, tapi pada hari itu aku minum segelas huhuhu. Sedap bak hang !!! pekat likat, dan ummphh!! Puashati sangat-sangat menunggu, berbaloi hehehe.
So korang yang belum sampai, silalah, nampak macam biasa tapi sebenarnya memang luar biasa. 
Nanti ada rezki aku nak pergi lagi, nak order roti bebanyak dan air kopiO bergelas-gelas hahahaha .
Sapa nak ikut ? Jom naik keretapi yokk hehhehe..






P/S: Tempat makan viral, kalau sendiri tak mencuba, memang ko tau komplen je, dah cuba, baru ko tau kehebatannya.. :)


5 comments:

  1. @Seri Kandi Tanah Jauhar: Uitt peristiwa pahit apa plak tu haaa huhuhu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sis...wah !! bunyi mcm sedap jer...selalu pi Kluang tapi x pun sampai ke sini...bila la nak pi Kluang lg boleh cuba juga...:)

    ReplyDelete
  3. Yup... dia ada branch kt aroundabout mahkota tu.. aku slalu lepak yg kt aroundabout coz yg kat rail.ni terlampau penuh n parking pun ssh.. 😉

    ReplyDelete
  4. Ingat nanti nak try naik keretapi ke selatan lah .. tak pernah lagi rasanya cuba.

    Blog House Husband Kerja Dari Rumah

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..