BUFFET RAMADHAN 2018 SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU

4/28/2018 08:03:00 AM

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi semua. Apa khabar? Moga semuanya bak-baik aja dan ceria-ceria selalu. Sebelum tu Sis nak mohon ampunlah yer, sejak-sejak ni asyiklah bercerita pasal review makan makan aja. Yelah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari, tak gitu? Jadi terima dengan rasa bersyukur selalu. Bukan selalu, setahun sekali aja kan datangnya Ramadhan. 
Untuk kali ni Sis dan team #JDTblogger menerima jemputan Review Buffet Pra-Ramadhan di Swiss Inn Hotel Johor Bahru at Rilek the Cafe bertemakan Warna Warni Ramadhan. Hotel ini terletak di area bandar, jadi korang tak susah nak mencarinya, guna waze pun mesti sampai. Melangkah masuk pada petang itu, suasana meriah gitu, siap ada deko-deko raya dan lagu raya he he he. Terus rasa tak sabar nak raya, oii puasa pun belum lagi Sis Lin oiii ha ha ha.

Swiss Inn Hotel Johor Bahru .
Lot 512, Mohd Mufti
Jalan Syed Mohamed Mufti, Bandar Johor Bahru,
80000 Johor Bahru, Johor


Antara barisan Chef yang bekerja keras dan bertanggungjawab menjalankan tugas dan menyediakan makanan sepanjang Ramadhan nanti. Lebih dari 100 hidangan Melayu, India, Cina dan lain-lain akan di sajikan yang akan menepat citarasa korang. Semuanya lazat-lazat belaka. 
Kami semua di layan dengan mesra dan penuh senyuman sepanjang berada di sini. 


Harga yang di tawarkan berpatutan sekali, berbaloi dengan apa yang di hidangkan. Menu utama di hidangkan ataranya Sup Tulang Rawon dan juga seperti yang dalam gambar ini. Supnya memang sedap. Makan dengan roti dan sambal kicap, memang power!. Korang kena cuba ok.


Dah nama pun berbuka puasa, jadi lebih elok di mulakan dengan makan kurma sebelum mula dengan menu-menu lain kan. Kurma yang di sajikan dari jenis yang bermutu tinggi. Biasa makan sebiji aje ok, tapi yang ni, korang makan sebiji mesti nak lagi . 


Lihat tu, dah tema pun Warna Warna, jadi meriah sungguh dan kreatif sangat cara mereka menghidangkan. Memang jadi tumpuan. Sis panggil tong drum, ye ke ? atas tong tu di letaknya kuali dan menunya di panaskan di atas tu. Ada api dalam tong tu. Jadi korang makan, makanannya panas-panas ok.
Jom kita tengoj menu apa yang ada.


Udang Masak Nestum Bersama Cili Padi .
Rasanya sangat sedap. Tidak berapa pedas. Nestumnya terasa dan serap ke dalam udang. 


Sayur Lodeh Tambak Johor.
Ini betul betul nama Johor. Biasa jumpa Lodeh ni time raya, tapi korang boleh dapatkannya di sini . 


Daging Hitam Manis Pedas.
Okay yang ni Sis suka. Banyak juga Sis makan. Sedap rasanya. Dagingnya lembut dan tidak terlalu pedas sangat. Budak pun boleh makan. 


Kailan Ikan Masin.
Okay Sis memang suka sayur, jadi mana-mana pergi ada sayur, Sis akan amik lebih sikit. Bukan apa, kena lawas okay he he he. Yang bestnya ikan asinnya terasa sangat dan korang akan nampak ikan asinnya memang ada dalam tu, di potong kecil. Sedap! 


Ikan Tongkol Masak Kari Terung.
Kalau ada yang tak makan asam pedas, jangan risau, kat sini ada juga di sediakan masakan kari. Dan ikannya juga lembut, tidak keras seperti ramai kata, ikan tongkol kan keras. Serius, yang ni ikannya lembut okay.


Nasi Putih.
Korang boleh pilih saamaada nak makan dengan nasi putih atau..


Nasi Minyak.
Nasinya dari beras berkualliti. Rempahnya terasa. Lembut dan tidak kering .


Mee Goreng Mamak.
Pergh yang ini rasa memang padu! Memang betul-betul ala mamak okay! Korang cuba nanti .


Pelbagai hidangan asam pedas ada. Asam pedas ayam, asam pedas tetel dan juga asam pedas ikan.
Pilihlah yang mana ikut citarasa masing-masing. Oh ya asam pedasnya pernah memenangi masaakan asam pedas yang paling sedap antara Hotel-hotel di Johor. Jadi korang kena cuba! 


Embekkk. semestinya yang ini yang pertama di tuju. Kambing bakar Nasi Arab. Memang sedap! Kambingnya lembut, tidak berbau hamis bila makan dan rempahnya memang serap dalam itu badan kambing he he he  Serbu okay! .


 Ini dia, main course plaing utama di sini. Sup Tulang Rawon. Rasa memang sedap. Rempah supnya pekat dan lain dari sup biasa. Korang boleh makan dengan nasi ke atau cecah dengan roti. Jangan risau, sambal kicap pun ada . Kata Johor kann...
Sebelah Tempat sup ni ada di hidangkan sate, takyah up le gambo, korang kenalkan sate ? hehehe


Menu bakar-bakar pun ada. Ikan bakar, Kerang bakar dan rebus, Kupang rebus juga otak-otak pun ada juga dan lain-lain . Kira semua adalah, korang kena cuba semua he he he.


Ulam ? Adaaa sapa kata takde. Haa tengok, macam-macam ulam ada, pilihlah nak ulam apa dan juga sambal apa. Ada juga rojak buah dan juga rojak sayur .Semua sedap!


Kalau taknak makan nasi, yelah mana tau diet, okay korang boleh cuba tauhu sumbat ni, makan dengan sambal kacang dia, uiiii hilang diet ko, boleh makan berketul-ketul kang ha ha ha..


Kerabu ? Urap ? Adaa juga, macam-macam kerabu dan urap ada. Salad pun ada bermacam-macam. Sis ada makan satu urap tu, lupalah namanya tapi sedap sangat, terasa udang keringnya. Nanti korang try le.


Dah nama pun Johor kan, semestinya ada Laksa Johor. Yang ini Sis makan semangkuk penuh. Self service. Kuah dia mabeles . Menggunakan jenis ikan yang bagus, jadi lemak-lemak kuah laksa dia terasa. 
Mesti cuba okay! 
Selain Laksa Johor ada juga bahagian dapur panas iaitu hidangan pasta. macaroni ke, spageti ke, semua ada. menu pilihan korang tu akan di maak panas-panas. Kena cuba ok. Sis tak masuk gambo, bagi surprise korang tengok sendiri he he .


Pencuci mulut semestinyalah yang menjadi tumpuan. Tengok aja cara penyediaannya, tengok je dah teruja. Bukan takat cantik tapi rasa pun sedap okay. 
Selain dari ini ada juga bermacam jenis aiskrim dan juga minuman panas dan sejuk, termasuk Cendol dan ais kacang. Jus-jus buah pun ada. 
Juga buah-buahan segar. Tu semua korang kena datang tengok sendiri. Kalau semua Sis tunjuk tak bestlah, tak surprise he he he. 


Dan inilah dia GMnya yang muda, bergaya dan kacak orangnya (berbaju putih, *alamak lupa plak laaa namanya. Tapi manis orangnya, ramah dan tarak sombong. 


Muka-muka ada happy kan, perut sudah kenyang he he he.
Alhamdullah . #JDTblogger memang meriah kalau jumpa! .


Terima kasih kepada Puan Haryati, admin Excutive yang sudi menjemput kami semua memeriahkan majlis. Alhamdulilah semuanya sedap dan layanan sangat tip top! .
Siap ada goodies cokelat lagi. Sedap! .


Korang boleh rujuk harga kat bawah ni. Tempah awal korang jimat RM20 untuk kategori dewasa. kalau korang beli 5 voucher dapat percuma 1 voucher.
TQ to Swiss-Inn Johor Bahru.

RAMADHAN BUFFET @SWISS-INN JOHOR BAHRU
17 May to 14 June 2018
@ Rilek The Café

Early Bird Promotion
Voucher Purchase from 1 April to 30 April 2018
RM78 nett (Adult)
RM34 nett (Child – 4 to 11 years old)

Special Deal – Buy 5 Adult Vouchers FREE 1 Voucher

Normal Price
RM98 nett (Adult)
RM40 nett (Child)

For reservation & enquiries, please call
07-218 3333 or email at info@sijb.swissgarden.com





P/S: Sis ko ni dah gosok perut, makan makan ajaa. Mana tak makan, semuanya sedap! Ha ha ha 



You Might Also Like

8 Orang Komen

  1. Replies
    1. Kannn @SitiRohaida, nak lagi boleh tak ? Ha ha ha

      Delete
  2. Thuhu hrga dia. Tp mknn bnyk and standart la mkn kat hotel. Elok beli yg early bird..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga memang mahal, tapi kalau beli awal, dapatlah harga murah kan @Ayunie ..

      Delete
  3. Teringat-ingat kesedapan laksa Johor tu Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak @SeriKandi..nak makan lagi sekali tapi segan ..lagipun asyik berbual he he he

      Delete
  4. Replies
    1. Kannn @Mar..suasan tenang aman damai dan selesa sangat...

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.