Tuesday, April 24, 2018

HADAPI MUSIBAH, MOHON REDHA DARI ALLAH

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi semua, apa khabar ? Sudah sarapan ? Alhamdulilah, ingat jangan tidak ambil sarapan ye kalau ingin sihat. Lebih-lebih lagi kalau nak diet. Kena ambil sarapan, kalau tak sia-sia aje diet tu he he he.
Korang okay? Harap semuanya okay. Sis pun okay, cuma sejak-sejak ni, macam-macam hal yang perlu di fikirkan. Tapi selalu tanamkan dalam diri, fikir positif, jangan pra-sangka dan bersangka baik dengan Allah. Itu memang selalu Sis amalkan. Alhamdulilah masaalah tu akan pergi dengan sendiri. 
Adanya Allah, kita kena percaya, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah yang menunggu. Jadi bersangka baik, sabar, tenang dan setiap apa yang kita buat, mesti dengan REDHA ALLAH , bukan dari manusia.

Tapi tak semua orang bole bersabar, dan tak semua orang bole tenang dan diam, mesti ada dalam diri sikap marah, memberontak dan baran yang akan buat diri kita jadi benci dan hasad dengki. Kenapa? Sebab diri dan hati di kuasai oleh syaitan. Syaitan ni memang tunggu je bila-bila masa diri kita lalai. Pantang aje kita leka (contoh: tak solat), cepatlah dia serap, bisik dan menghasut. Jadi kena berhati-hati dan perbanyakkan istighfar. 

Bagaimana nak kawal diri ? Okay mari kita baca antara perkara yang bole kita buat ketika kita dalam keadaan marah, benci dan panas baran juga resah gelisah .



Bagi menghadapi musibah, Islam mengajar umatnya beberapa cara dan adab, antaranya ialah:


1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup. Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya, "Sesungguhnya setelah tiap-tiap kesukaran/kesulitan disertai kemudahan." (Surah al-Insyirah, ayat 6) 

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.


Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Hadis Rasulullah SAW: 
Dari Anas r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut) dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya. (Hadis sahih riwayat Muslim)





P/S: Bagi yang bermasaalah sabar, tenang dan sentiasa dalam berwudhuk & banyakkan membaca Al-Quran ye *peringatan buat diri sendiri .


4 comments:

  1. yang penting kena sentiasa sabar dan positif. terima kasih atas perkongsian ni sis lin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, sama-sama @Julia..

      Delete
  2. terima kasih sissss atas motivasi pagi yang sangat inspiring...walaupun daku baca dah tengahari..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Lupa nak kira berapa patah perkataan tu @Sunah ha ha ha

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com