JOM IKRAR DERMA ORGAN

4/06/2018 08:00:00 AM

Assalamualaikum wbt..


Hakak sudah, Korang sudah? Jom daftar sebagai penderma organ.
Derma organ : Siapa layak menderma?

Di Malaysia, sesiapa sahaja layak mendermakan organ kecuali kanak-kanak dan individu kurang upaya mental. Mereka tidak dibenarkan untuk menderma organ semasa mereka masih hidup. Banduan juga tidak dibenarkan untuk menderma organ melainkan di dalam keadaan tertentu bagi menyelamatkan nyawa ahli keluarga terdekat.
Pendermaan dapat dijalankan bergantung kepada di mana dan bagaimana seseorang penderma itu meninggal dunia. Anggota kesihatan yang terlatih akan menilai kesesuaian organ yang ingin didermakan. Individu yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B atau C, Syphilis tidak dibenarkan untuk menderma organ.




Anda boleh mendaftar sebagai pengikrar secara atas talian di sini.
Anda juga boleh berhubung dengan Pusat Sumber Transplan Nasional melalui talian bebas tol
1-800-88-9080 untuk mendapatkan borang pendaftaran. Kad Penderma akan dihantar kemudian dan perlu diisi dan ditandatangani. Kad ini mesti disimpan bersama kad pengenalan anda setiap masa.

Beritahulah ahli keluarga tentang pendaftaran anda sebagai pengikrar penderma organ. Ini adalah penting supaya niat murni anda akan tercapai kelak. Ia akan memudahkan ahli keluarga anda untuk membuat keputusan apabila tiba masanya.
Individu yang berusia dibawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga untuk berdaftar sebagai pengikrar penderma organ.
Pendaftaran untuk menjadi pengikrar penderma organ tidak melibatkan sebarang pembayaran atau pemeriksaan kesihatan.

Jom DAFTAR !! .
Untuk info lanjut, klik Website Derma Organ





P/S: Hakak sejak 2013 Hakak daftar. Korang bila lagi ? ..


6 Comments

  1. Replies
    1. Good @SitiRohaida hehehe. Tapi minta izin ahli keluarga dahulu ya ..

      Delete
  2. dahhhhh,dah 5 tahun daftar sebagai penderma organ hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good @Suiezza. Sama Sis kot, dr tahun 2013 daftar..

      Delete
  3. Wah tahniah akak :) bukan semua yang nak dftr jadi penderma organ kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah ..Betul tu @Mellya, Sis pun mula-mula Family pun macam keberatan tapi akhirnya akur dengan keputusan Sis ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com