Monday, May 14, 2018

AYAM TANPA GORENG MASAK KICAP PEKAT

Assalamualaikum wbt..

Ayam Tanpa Goreng Masak Kicap Pekat | Kenapa Sis kata tanpa goreng ? Sebabnya Sis masak kicap ayam tu tak payah di goreng dulu, cuci ayam terus aje masak. Ada orang kalau masak kicap, ayamnya di goreng dulu kan ? Kadang-kadang Sis pun buat macamtu juga, cumanya kali ni Sis kongsi resepi yang ayamnya tak payah di goreng. Senangkan. Paling suka Suami Sis. Jawa panggil masak 'semur' . Kicap pekat dan bahan semuanya di blender. Memang sedap! . 
Macam biasalah, kalau korang ikut resepi Sis, paling senang dan mudah, bahan yang senang nak di cari he he . 

Bahan yang telah di kisar ..

Bahan-bahannya .

10-12 ketul ayam (yang sudah dipotong kecil)
1/2 labu bawang besar (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
Cili padi (ikut suka pedas memasing | dikisar)
2 sudu makan kicap pekat (ikut pekat memasing)
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Sekeping asam keping 
Serbuk perasa, gula dan garam .
Air secukupnya

Ceker beraksi, Kalau makan berebut dengan Suami kaki ayam tu hahahaha


Cara-cara :

Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau dan pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis serta sedikit air. 
Kacau dan biarkan mendidih sebentar.
Kemudian masukkan ayam dan asam keping. 
Gaul-gaulkan sebati. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
Setelah masak dan kelihatan pekat kuahnya, boleh ditutupkan api. 
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. 

Malas nak pose cecantik, mood masak, siap terus snap! hahahaha

Tengok, senang cepat dan mudah.
Cuma masa masak, pastikan ayam dah masak dan kuah dia betuk pekat. Barulah ada umph! 
Kalau korang rajin, letak laa suu-huun ke, tauhu kering ke, daun sup ke untuk hiasan ye, Sis tak kowser, sebab amik mana dapat bahan yang ada dalam peti ais aje. 
Maklum nak puasa dah, aisbox kasi cuci untuk masuk bahan restock baru. Penuh sayur-sayuran laa nampak gayanya dalam peti ais tu nanti. Suami Sis jenis sahur suka makan sahur, lauk lain tak kisah sangat, ikan asin ke ikan goreng aje ke, dah okay. Anak-anak plak, dapat telur dadar atau mata lembu, dah kenyang dah. 
Ermm cepatnya nak puasa dah kan..

Okay, selamat mencuba.






P/S: Ramadhan :Moga Allah berikan ku keSABARan tahap tinggi untuk hadapi apa yang akan berlaku nanti. Sis perhati aje ni. 


12 comments:

  1. Replies
    1. Ye Kak @Normi, ayam tu tak payah di goreng, terus aje masuk dalam bahan yang dah tumis garing tu ..

      Delete
  2. kadang memang tak goreng jugak sebab malas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau uma Sis memang jarang goreng ayamnya, kalau goreng macam keras plak gitu kan @Qaseh..hehehe

      Delete
  3. ooo..kalau saya pun jarang goreng dulu ape2 masakan ayam pun..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann lagi senang, cepat dan sedap juga di makan kan @Sunah, macam rendang juga, tak payah goreng he he he

      Delete
  4. senang je ni...kalau goreng leceh gak..dua kali kerja...so,nanti i nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyooo tak payah di goreng, ala-ala macam masak rendang gitu @SitiRohaida...senang ajeee

      Delete
  5. boleh cuba resepi ni time puasa..biasa mmg goreng ayamnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takyah goreng, buat merecik dapur aje @Hernee, cuba yang ini, lagi senang ha ha ha

      Delete
  6. kalau ada ceker memang tak gorenglah. nanti tak sedap. keras. kalau macam gini berdecip-decip makan macam iklan kicap abcde tu ha..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu @Julia, kalau rumah Sis memang jarang masak ayam di goreng dulu, sebab anak-anak tak suka, jad keras dan kering. Kalau masak macam ni, ye lajuuu..macam rendang tu ...

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com