Saturday, May 26, 2018

CLAYTAN MACHAP PEMBORONG PINGGAN MANGKUK TERMURAH

Assalamualaikum wbt.

CLAYTAN MACHAP PEMBORONG PINGGAN MANGKUK TERMURAH | Rasanya ramai tidak tau kan tempat ni, dan juga ramai fikir, sekali tengok pinggan-pinggan tu mesti harganya mahalkan ? Tidak sama sekali, harga di sini semua murah-murah, dan sangat jauh beza kalau di jual di Jusco atau hypermarket besar yang brand Claytan ni. Tak caya pergilah tengok . 
Sis kesini bukanlah memborong banyak, tapi pergi ke sini sekadar nak cari 2 - 3 bijik untuk di jadikan props amik gambar memasak aje. Ye la tengok orang masuk gambar cantuk-cantik pinggannya, kita pun nak juga, walaupun sekadar pinggan Claytan aje. Janji ado. 

Sis dulu tau tempat ni pun dari Blogger masak Mat Gebu tu le, kalau siapa tengok gambar-gambar dia, dan pergi ke rumahnya dan lihat meja hidangan dia, mesti terpukau dengan pinggan mangkuk dia kan, nampak exclusif sangat, kalau mula-mula Sis tanya dia dulu, terkejut gak dengar, harga pun tak padan dengan designnya. Mat Gebu pernah share pasal Claytan ni juga di SINI .
Dari situlah Sis terpikat dan nak membeli juga tapi tak selalulah rajin ke Claytan ni, kalau ada terpergi Ayer Itam ke, baru Sis singgah, sebab tempatnya sebelah aje dengan Ayer Itam . 

Meh cuci mata meh ..


Design biru ni, memang senonim dengan Mat Gebu hehe, yang tau aje mesti perasan, cubalah tengok harganya, murahkan. kalau dah masuk pasaraya, cuba korang pergi tengok harganya, dah jadi mahai wooo..
Yang ni Sis dah ada banyak, satu set dinner semua Sis dah beli hehehe. Beli sikit-sikit, lama-lama dah banyak, tapi jarang pakai basahan, kecuali hari raya atau untuk tetamu datang sahaja.


Geram tak tengok? Hehehe Boleh meroyan kalau masuk sini, harga semua bawah rm10. Paling murah rm2 pun ada weii hehehe..IKut saiz dan jenis tak silap.


Yang ini rasa design baru yang masuk kat Claytan ni, dah macam pinggan viral tu punya design. Ada banyak lagi color dan design, Sis amik gambar yang ni aje. Harga pun paling mahal, mangkuk nasi rm9.80 tak silap semalam. 


Ini pun cantik, kalau yang suka pink-pink tu memang banyak semalam. Sis semalam menahan nafsu hahahaha. Suami dah pesan, jangan memborong ye. hahaha


Nak design moden pun ada juga, plain pun ada, macan-macamlah ada, korang kalau masuk sini mesti tak tau nak beli yang mana hehehe.


Peminat teko, pun ada juga jual kat sini. Macam-macam jenis design dan saiz ada, bolat, panjang, pendek gemuk, kembang semangkuk, semua ada hahaha. Harga jangan tanya, takde yang lebig dari rm15 hehehe


Dan yang best sekali, mangkuk nasi ni, banyak gile semalam, macam-macam design, geram nengok, tapi sebab Sis dah target nak beli lain, so yang ini sabar dulu, dalam bulan ni mesti nak pergi beli juga, nak heret Suami, dia sukalah mangkuk telinga macam ni hahahah.


Ada juga yang pinggan mangkuknya boleh masuk microwave dan juga mesin cuci pinggan magkuk, korang tanya tokei kedai nanti masa bayar ye. Mana yang boleh mana yang tak boleh. Setakat ni kalau yang Sis beli yang biru jenama SPODE tu bole masuk microwave, dah berapa kali buat, alhamdulilah takde plak pecah. 
Cawan? Pun ada jual, cuma cawan korang kena pandailah pilih ye, nak kena cari sekali dengan piring dia. Sebab situ, dia letak, cawan asing dengan piringnya. Pastu cari plak sepadan dengan tekonya, waaa cantikkan..

Kedainya terletak di 57th Mile, Jalan Johor, Air Hitam, Johor.
Tel:- 07-7581898
Waktu perniagaan 10.30 am hingga 6.00 pm, dibuka hari Isnin hingga Ahad
(Kalau cuti umum tak tahu pula bukak ke tidak, nanti cubalah telefon dulu ya)

Ok dah tu je nak share, siapa rasa nak pergi, sila, tapi hati-hati yang bawa anak tu ya, takut kang lari-lari dalam tu, pecah plak pinggan. Sis pesan aje, sebab laluan jalan dia kiri kanan semua pinggan, kita yang dewasa ni pun hati-hati le kepit bag, kang terlanggar, nayaaa.







P/S: Suami kata, beli lagi? Yang lama tu nak buat apaYang oii hahahaha.. *Sis buat tak dengar je hahahaha.


16 comments:

  1. Dekat ni dengan tempat kite sis..nantilah dah duduk rumah sendiri baru beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke @Julia, dah dekat senang lee nak pi memborong hehehe..

      Delete
  2. amboi2..awakkkkk..kecur kita tengok..tak pernah sampai ke situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm kita buar rombngan Cik Bawang ke sana @Hernee..hehhe

      Delete
  3. Wahhhh.. Pinggan viral dah ada jual kat claytan eh? Terus debo2 hati kita Linnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, semua dah ada, dan macam-macam design Kak @SeriKandi..geramm nengok..

      Delete
  4. cecantiknya design..aritu ada tengok jugak..tapi suami ckp btpe beli..bukan blh buat makan pun..sekadar sesuai hiasan..katabya xsesuai utk mknn panas..bahaya ada tindakbalas kimia..ye ke eh?huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kemain panjang ayat Suami @CikTOm hahaha. Setakat ni Lin pakai okay je. Masuk microwave pun okay. Cuma tak sesuai kalau ada anak kecil, sebab ianya berat.

      Delete
  5. cantiknya pinggan mangkuk dia..terpesona tengok..tapi kat rumah ni dah banyak pinggan mangkuk takde tempat simpan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Nadia, kalau Sis memang sejak pindah ke rumah yang baru ni, banyak pinggan magkuk lama tak bawak. So bila nampak pinggan, jadi geramm le nengokkk

      Delete
  6. sakan la raya ni berpinggan mangkuk baru. ketam kari jangn lupa.
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha @MarMansor hahaha sakan tak sakan, beli pinggan untuk amik gambo je sebetulnya hehe

      Delete
  7. Inilah pinggan yang siqah nak beli tapi yang jumpa kat sini semua mahal T_T Bestnya Sis Lin beli murah je tau. Nak pergi sana tapi jauh pulak 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Siqah, sini semua murah, berbaloi beli, bole masuk microwave lagi..kot mana tau sesat ke Johor, boleh singgah ye ..

      Delete
  8. cantiknya teko tinggi biru tu.kalau dapat satu set alangkah bahagianya.untunglah orang yang duduk dekat sana.telan air liur aje lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe gitulah @Hasnaamuaz, tapi tak selalu gak pergi belinya, kalau kebetulan aje lalu baru singgah ..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..