Saturday, May 26, 2018

KWSP SURIRUMAH: 2% GAJI SUAMI, RM50 DANA KERAJAAN

Assalamualaikum wbt.

KWSP SURIRUMAH: 2% GAJI SUAMI, RM50 DANA KERAJAAN | Salam Sabtu semua. Moga segala urusan kalian di permudahkan. Harini kemana? Bawak rehat-rehatlah di rumah ye, cuaca panas sekarang, jaga kesihatan tu ya. 
Korang dah baca pasal artikel ini? Korang setuju? Dengarnya kemain lagi Suami-suami di luar sana kurang setuju dengan manifesto ni. Katanya ,Kenapa pulak nak guna kwsp suami? Mereka kata, patut kerajaan aja yang bagi, tidak perlu guna duit kwsp Suami, dan macam-macam lagi yang Sis baca kat komen-komen laman sosial. 
Tu komen lelaki, yang bestnya, bila pergi part komen perempuan plak, mereka berkata begini, Kenapa perlu nak bagi isteri kedua ketiga atau keempat juga, sedangkan mereka hanya menumpang/merampas kasih Suami, isteri pertama sahaja patut dapat, lama hidup bersusah senang dengan Suami..hahaha begitulah komen-komen berbalah si lelaki dan juga perempuan. 

Sis tergelak-gelak baca, bagi komen lelaki, dah nampak sangat kau ni berkira, kedekut, setakat 2% tu alahai apalah sangatnya kan, dari pada sepanjang kawin kau tak bagi nafkah kat isteri, esok-esok pun duit tu guna sama-sama gak. Yang komen perempuan pulak, ermm Sis setuju juga, tapi dengan alasan Sis tersendiri, tak payah Sis bagitau kat sini. Kang ada pulak yang sentap! Masing-masing ada pendapat masing-masing. Tapi kalau jenis lelaki yang berkahwin sampai empat, haa parah juga tu, hampir 8% gaji nak di agihkan hahaha. Rasakan...dari takde beban jadi terbeban kan hahaha..opsss.

Apa-apa pun, mungkin kerajaan nak buat yang terbaik untuk rakyatnya, kita sama-sama doa yang baik-baik aja, mudah-mudahan datangnya pun baik-bak aja. Jangan asyik nak hentam kerajaan, kita tunggu dan lihat. Belum habis pantang lagi tu (100 hari) hehehe..Sis kalau bab politik ni bukan tak nak amik tau, tapi malas nak komen lebih-lebih, bikin sakit kepala aje fikir, biarkanlah mereka yang uruskan.

Bila dan bagaimana nak mohon? KIta tunggu ajelah pengumumannya.



Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.
Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.

"Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini Khamis.

Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Sumber: Bernama






P/S: Orang nak bagi kita amik, jangan banyak cakap,anggaplah itu rezki dari Allah. *menjeling incik Suami hehehe..


8 comments:

  1. Kak Sue pun malas nak komen lebih-lebih pasal politik nie Lin, cuma harap Malaysia Baharu nie lebih baik lah dari yang sebelum nie kan.. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @KakSue, janji apa yang di janjikan di kotakan..itu aje harapan rakyat...

      Delete
  2. Replies
    1. Setelah 25thn sebagai surirumah, akhirnyaa @Hernee..

      Delete
  3. nasib baik suami ciktom ok je..hehe..tp ciktom rs kalau dah laki tu kahwin lebih dr 1..setiap isteri berhak untuk dpt bahagian masing2..bab merampas tu kalau bertepuk sebelah tangan xdelah berbunyi..tp yg pelik perempuan selalu suka salahkan perempuan lain bila jadi camni..ckp perempuan perampas la..xtahu malu la..jarang plk suami dipersalahkan..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @CikTom hahaha kalau baca forum, hangat isu ni diperkatakan Cik Tom. Kadang gelak pulak membacanya. Siapa cari masaalah? Sendiri tanggunglah kan..

      Delete
  4. tapi suami saya takde kwsp...hahahahhahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekeke @Sunah, adalah tu rezeki lain pula Sunah..

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com