Monday, May 21, 2018

PASAR PERCUMA (FREE MARKET) EDISI RAYA, JOHOR

Assalamualaikum wbt..

PASAR PERCUMA EDISI RAYA, JOHOR | Hebahan Untuk warga Johor dan yang berhampiran .

PASAR PERCUMA EDISI RAYA

Kakak kakak, adik adik, Abang abang semua. Ini ada berita gembira nak di kongsikan bersama semua warga Johor yang berdekatan, tentang pasar percuma edisi raya akan diadakan di :

Dewan Terbuka Taman Cendana Pasir Gudang Johor.

Pada : Sabtu,2 jun 2018
Jam : 9.00 pagi - 12 tengahari

Bagi sesiapa yang nak menderma, korang boleh beri sumbangan berbentuk Baju raya Baru atau terpakai yang masih ELOK, Beras, tepung, gula dan susu serta kuih raya, juga kerepek dan sebagainya atau wang ringgit, dan kami akan belikan barangan runcit untuk di sedekahkan. 

Bulan yang baik ni, kita panjang-panjangkan amalan bersedekah kan.



Untuk maklunat lanjut korang boleh je hubungi: 

Lin - 012 7669156
Hazwan - 017 7525245

Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Kerana, dalam sedekah itu ada Sepuluh Manfaat; Lima akan diberikan di dunia, dan Lima lagi akan diberikan di akhirat kelak

Apa itu *FreeMarket* (Pasar Percuma)? 

Konsepnya seperti pasar lambak tetapi tiada jual beli guna wang.
‘Peniaga’ (penyumbang) akan membuka tapak dan mempamerkan barangan sumbangan sama seperti hendak berniaga. ‘Peniaga’ perlu mengemas tapak dan bawa pulang barangan yang tidak habis.
'Pelanggan' (penerima) cuma perlu senyum, minta dengan sopan, ambil apa yang perlu (jangan tamak) dan ucap terima kasih.

Apa yang boleh anda sumbangkan?

• Barangan terpakai yang masih elok, sudah lama tak digunakan tapi sayang nak buang. Mungkin berguna kepada orang lain. Cth: pakaian, kasut, perabot kecil, perhiasan rumah, buku dan lain-lain.
• Barangan baru.
• Makanan dan minuman.
• Perkhidmatan seperti gunting rambut, urutan kaki, pemeriksaan kesihatan/mata dan sebagainya.
• Apa-apa saja barangan/perkara asalkan percuma, yang tidak menyalahi undang-undang dan boleh beri manfaat kepada orang lain.





P/S: Anda buat anda dapat. Hebah-hebahkan. Jika anda tidak memerlukan, mungkin ada insan lain yang lebih memerlukannya. 


8 comments:

  1. terbaiklah..jom nanti kita pegi nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajoommm kita @SitiRohaida..nanti bgtau lagi ok, takut terlupa..

      Delete
  2. teringin nak join menyumbang tapi rasanya perlukan lori utk bawa barang2, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uii dasyatt siap nak bawak lori tuu Kak @Serikandi hehehe

      Delete
  3. Salam Ramadhan Sis Lin..
    Alangkah bagus kalau diadakan di setiap negeri..
    Betul kata Sis Lin, mungkin kita tidak memerlukan, tetapi ada insan lain yang lebih memerlukannya. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga @LZ, kann betul sangat. Kita mungkin tak perlukannya tapi di luar sana mungkin amat memerlukannya..

      Delete
  4. kenapa buat sebelah sana..ala..bercinta nak pergi situ..mesti jammed

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mar, pergi awal sikit..Sis kalau pergi bukan sebab nak amik barang tu, ingat nak tolong-tolong apa yang patut..jomm Mar!

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com