Sunday, May 20, 2018

PERKAHWINAN DI RAJA PUTERA HARRY DAN MEGHAN MARKLE

Assalamualaikum wbt ..


PERKAHWINAN DI RAJA PUTERA HARRY DAN MEGHAN MARKLE | Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, di sini sekitar jam 7.30 malam (waktu Malaysia) semalam. 


Pewaris takhta British, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.
Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.
Meghan Markle diihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller.


Pasangan itu - Duke dan Duchess of Sussex kemudiannya diarak dengan menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor. Majlis perkahwinan diraja anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles itu berlangsung dengan sempurna dan dipancarkan di seluruh dunia.


Dianggarkan sekitar 600 tetamu sebelum itu tiba di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle. Beberapa selebriti terkenal juga dilihat menghadiri perkahwinan bersejarah itu.
Antaranya ialah pengacara televisyen terkenal Oprah Winfrey, pelakon Bollywood Priyanka Chopra, pasangan selebriti David dan Victoria Beckham serta George Clooney dan isterinya, Amal Clooney. 
Selain itu, seramai 2,640 orang awam telah dipilih untuk menyaksikan majlis itu dari luar halaman Istana Windsor.


Selepas perkahwinan, mereka akan tinggal bersama di Nottingham Cottage di London, di bawah Istana Kensington
Secara tradisional, putera-putera diraja telah dianugerahkan gelaran sebelum perkahwinan mereka; ini berlaku dengan kedua-dua ayahanda saudara Putera Harry, Duke York dan Earl Wessex, serta paduka kakandanya Duke Cambridge. Sekiranya Putera Harry dianugerahi gelaran, isterinya secara automatik akan menerima gelaran yang sesuai dengan isteri pemegang gelaran itu (iaitu jika baginda dijadikan duke, maka ia secara automatik akan menjadi duchess setelah perkahwinan mereka). Sekiranya tiada gelaran yang diberikan, maka Meghan Markle akan memegang gelaran YTM Puteri Henry dari Wales (HRH Princess Henry of Wales).

Sumber sana sini. Gambar carian google.






P/S: Manis sangat senyuman keduanya. Tengok live semalam, sampai Sis menangis hahaha. Selamat Pengantin Baru :) .


8 comments:

  1. adoi sis lin.. kenapa boleh nangis pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebabnya sepanjang majlis perkahwinan tu Putera Harry asyik menangis @Zizie, tak tau kenapa syahdu benar hahaha

      Delete
  2. Amboii fefeling lak dier 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Retna, duk tengok Putera Harry tu asyiklah menangis, dengan aku sekali jadi sedih hahahaa

      Delete
  3. anak mendiang puteri diana ye. patutlah glamer..penuh timeline.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee @Mar, lor ko baru tau ke ? Hehehehe

      Delete
  4. sentiasa vote for william..kikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhu @Julia Harry pun encemm hahahaa

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com