PERSONALIZED GIFT FROM PRINTCIOUS | ONLINE GIFTS MALAYSIA

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera buat semua. Moga semuanya dalam keadaan baik-baik aja ya. Macam mana sambutan Hari Ibu korang tempoh hari? Mesti meriah dan seronokkan dapat meraikan bersama ibu tersayang atau insan tersayang meraikan Hari Ibu untuk diri korang. Tak gitu ? .

Apa hadiah yang korang berikan untuk ibu ? Atau hadiah yang korang belikan untuk diri sendiri? Tak kisah hadiah apakan, janji ucapan dan tanda ingatannya je sudah cukup memadai. Untuk Sis, bila Suami dan anak-anak wish, dan juga Suami bawa keluar makan dan berikan sebekas cokelat dah cukup gembira. Memang tiap-tiap tahun Suami akan belikan cokelat, tak kisah cokelat apa, kadang berhenti stesen minyak ke 7eleven ke, dia belikan cokelat Cadburry besar tu, dah cukup tersenyum buat Sis. Dia memang tau Sis suka. Alhamdulilah.


Okay bagi yang belum lagi dapat berikan hadiah istimewa untuk Ibu atau Hari Bapa yang bakal datang, atau pun untuk Hari Guru ni, belum lagi terlambat, biar lambat tapi ikhlas nak memberinya. Bagi yang masih mencari dan malas nak keluar mencari, haaa ni ada satu “Online Gifts Malaysia” yang bole korang cuba beli. Bukak aje computer atau handphone korang, klik je link tu, terus keluar macam-macam hadiah. Korang bole pilih ikut barang apa yang korang nak berikan, lepas tu, korang boleh reka sendiri mengikut daya kreatif korang tersendiri. Menarikkan ? .

Di antara hadiah-hadiah yang boleh korang pilih . Ada lebih dari 20 jenis barang .

Printcious” ada menyediakan bermacam-macam jenis hadiah untuk korang pilh, reka, design mengikut kreativiti masing-masing. Ada hampir lebih dari 20 jenis barang (atau mungkin lebih) yang di sediakan untuk korang pilih. Korang survey dulu hadiah apa yang menarik untuk dijadikan hadiah, kemudian baru korang pilih salah satu, dan kemudian korang ikut arahan untuk pilih design dan juga cara pembayarannya. Tak susah, senang aje, semuanya di hujung jari anda. 


Kalau Sis, Sis suka Mug, memang dari dulu hingga sekarang rasanya, kalua ada apa-apa birthday ke, reunion ke, Sis suka beli Mug. Bukan Mug yang biasa-biasa tu, tapi Sis beli Mug yang lain dari yang lain. Tapi susah skit nak cari. Tapi sekarang dah senang, klik aje link Printcious, semuanya ada, lagi banyak pilihan. Cantik-cantik pulak. Yang best bole buat apa yang kita nak. Dah macam ahli designer gitu. Lagi kreatif lagi laa lawa design korang. 


Oh ye sebelum nak mula order dan design tu, korang sign up la dulu jadi member ye, bole sign up menerusi Facebook juga, lagi senang. Bukannya untuk apa, kalau korang jadi member, korang akan dapat lebih diskaun dan juga kalau ada promosi atau event ke, korang akan dapatlah newsletter terlebih dahulu dan code diskaun akan di berikan. Pembayaran pun tak susah, korang bole pilih nak buat pembayaran menerusi online banking mengikut pilihan korang, semua ada pilihan. Mesti orang yang korang berikan akan tersenyum manis melihatnya. 
Jadi jangan tunggu lagi, klik link yang Sis bagi tu, sign up dan pilihlah hadiah yang korang suka okay.



"If you are looking for mug printing supplier, colour mug or button badges, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment."
Printcious is an e-commerce website specialising in personalised gifts in which anybody can design their own gifts with our easy-to-use online design tools and get a unique gift for themselves and their loved ones.


PRINTCIOUS GIFTS (M) SDN BHD 1150325-D

Email
Order: order@printcious.com
Use this contact if you are a customer who has questions about an order or about placing an order.

Feedback / Suggestions: feedback@printcious.com
Use this contact if you want to give us feedback about Printcious. Suggestions are always welcomed.


Address
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor D.E, Malaysia.
Nearby AEON Jusco & KPJ Hospital, Bukit Raja | GPS: 3.064395, 101.462219


Social Media
Facebook : facebook.com/printcious (you can pm us if any question ^_^)







P/S: Bestkan DIY sendiri, puashati, nak letak gambar gan Suami ke anak pun boleh, kalau buat mug, hari-hari le ko ngadap mukanya ha ha ha


10 comments:

  1. Assalamuaikum lin..bestnya leh buat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Ye Maa, bole buat dan deko sendiri ni, kalau pandai jadi kreatif gitu...

      Delete
  2. baru tempah dengan printcious...tak sabau dah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe waaa tempah apa lee tuuu @SitiRohaida ..

      Delete
  3. barang saya dah selamat sampai..yeayyyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa manyak seronok arr @Julia, beli apa laaa tuu...

      Delete
  4. cantik.. kita tak dapat apa-apa pun...kat mak just doa saja...apapun selamat hari ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa is powerful @Emarieys..Janji ingatan tu yg ikhlas..Selamat hari ibu juga buatmu ..

      Delete
  5. tak sabar nak tempah.cari gambar menarik dulu.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kann @Mar, belek-belek, macam-macam ado kann..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..