Wednesday, May 23, 2018

PES PHADPRIK, PES STIM LIMAU DAN PES TOM YUM

Assalamualaikum wbt..

PES PHADPRIK, PES STIM LIMAU DAN PES TOM YUM | Memasak jadi mudah, senang dan rasanya sangat sedap! Semuanya memasak hanya di hujung jari sahaja. Tapi masak kena pakai periuk dan tangan ye hahaha. Kang lain pulak jadinya masak pakai jari hahaha. 
Salam 7 Ramadhan buat semua. Ya Allah dah masuk seminggu ye kita berpuasa. Diam tak diam, masa cepatnya berlalu. Tau-tau esok-esok nak raya dah, alahaii.

Macam mana puasa seminggu ni? Bagi yang bekerja mesti agak penat dan kelam kabutkan, mana balik nak masak lagi, nak kemas rumah lagi, dengan anak lagi, dapat bayangkan betapa letihnya. Bersabarlah ye. Pahala besar tu. Bagi surirumah pula, walaupun duduk rumah, tapi tiba nak memasak juadah berbuka, jadi blur, termenunglah depan meja makan atau peti ais tu, betul tak? Padahal lauk semua ada, tapi tang nak masak apa tu jadi biol kejap fikir hahaha.  

Haa sesuai sangatlah kan dengan ayat Sis kat atas tu, nak cepat nak mudah, nak jimat masa, meh cuba ini pes 3 beradik hehehe. Sebab apa 3 beradik, sebab tiga-tiganya datang dari masakan negara Thailand. Kalau biasa ke Thailand, memang inilah masakan menu derang paling top!. Jadi sekarang dah senang, tersedia dalam bentuk pes. Tak payah nak menumbuk ke apa ke, cuma masuk pes, masuk rencah, siap! 
Yang bagusnya, tak perlu banyak-banyak letak, letak sikit dah berasa, so jimat dah di situ, boleh masak berkali-kali. Berani cakap sebab Sis laa pelanggan tetap dan selalu guna dan selalu masak gunakannya hehehe. Syyhh rahasia masakan sedap tu hehehe


Yang ini Pes Phadprik segera. Senang je ko, siapkan bahan semua, dah tu masuk pes, siap! Ada aturan memasaknya pada botol. Nak letak garam ke perasa ke, ikut suka korang, biasanya dah siap secukup rasa dah. 

Harga rm14 sebotol.
Poslaju seluruh Malaysia. 


 Yang ini paling Sis suka, Pes Stim Limau. Selalu buat stim ikan ataupun sotong, rasanya perghh memang terangkat kening bila makan. Cubalah kalau nak tau. Pun sama, senang dan mudah, siapkan ikan dan bahan, stim ikan dulu kemudian tuang pun bole, atau masak sekali masa stim pun boleh. 

Harga rm10 sebotol.
Poslaju seluruh Malaysia.


Pes Thai Tom Yum, memang power rasa dia. Terasa sangat tom yam dia. Sekali masak, sebotol tu boleh masak banyak kali. Ikutlah kalau jenis suka pekat atau tidak. Tidak berapa pedas tapi secukup rasanya. 

Harga rm10 sebotol.
Poslaju seluruh Malaysia.


Kalau sesiapa nak mencuba, boleh dapatkannya dengan Puan Ina.
Area Pasir Gudang boleh COD 
Tak tahu nak masak macam mana? Jangan risau, setiap di belakang botol ada di tulis cara memasak dan menggunakannya. 

Boleh wahtsapp ke Puan Ina 0197842183
Cepat selagi stok masih ada. 





P/S: Sis pun nak order gak ni, stok raya, senang tetamu datang nak masak mee hoon tomyam hehehe.


4 comments:

  1. Replies
    1. Betul tu Kak @Normi, senang mudah dan yang penting sedap!

      Delete
  2. Tepat pada masanya Lin post benda ni, kelmarin kita dah guna pes tomyum tu memang menjadi Lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Lin memang suka pes tomyam tu Kak @SeriKandi, terasa sangat rasa tomyamnya..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..