Breaking

Thursday, May 17, 2018

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum wbt ..

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API | Dah ada idea untuk memasak berbuka hari ini? Mesti peningkan nak fikir masak apa. Memang gitulah tiap kali tiba bulan puasa, padahal kalau tak puasa, hari-hari juga masak kan, tapi bila bulan puasa, jadi blur. Last-last kang, ke Bazar Ramadhan juga akhirnya hehehe. 
Kalau Sis memang jarang sangat ke Bazar Ramadhan, mesti masak. Anak-anak dah besar, jadi memasak menu permintaan mereka dah jadi satu kemestian tiap kali puasa. Ada aje menu nak di suruhnya masak. Tak sampai hati kalau tak masak. Siapa rasa sama macam Sis? Kann betul kan..

Kalau ke Bazar tu, maknanya memang dah kemalasan sangatlah. Tapi ikut nasib, kadang nasib tak baik, ingat nak beli juadah yang sedap-sedap, tapi lain pulak jadinya. Nasb tak baik, jadi sakit perut. Dah banyak kali juga terkena huhuhu. Tak berani nak komen banyak. Rezeki masing-masing. 
Siput sedut, siapa suka? Sedapkan. lagi-lagi masak lomak cili api, menyedut tak ingat nasi. hahaha yelah, asyik sedut-sedut, bila nak makan nasinya oii hahaha selalu macamtu kan hehehe.
Siput sedut ni kalau takde permintaan, Sis memang tak kowser nak masak, nak sepitnya ishhh banyak kerja, habis selerak satu dapur. betul tak? Tapi kalau ada permintaan dalam rumah, tau-tau dah di bawak balik siputnya, jadi masak ajelah. hehehe. 



Versi Sis ni, Sis tumis semua dulu bahan-bahan kisar dengan santan dan siput (Jangan masukkan air dulu), bagi siput mesra dengan bahan tumis., nanti bila dah santan mendidih, baru masukkan air secukupnya. Korang cubalah, kuah lomak dia sedap! *tu air tangan Sis le, air tangan korang tak tau le rasa apa ha ha ha. 
Okay, selamat mencuba.

Bahan-bahan 
1kg siput sedut
1 labu Bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)
1 inci halia (di kisar)
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing) di kisar .
1 btg serai (di ketuk)
Santan pekat
Serbuk kunyit dan daun kunyit (kalau nak letak)
Garam, serbuk perasa dan sedikit gula
Hirisan lada merah (Ikut suka nak letak)

Cara-caranya.
Cuci siput dengan air asam jawa, dan kemudian ketuk hujung siput, dan cuci bersih dan toskan airnya. (Sis guna playa *macam mana ejanya ek*)
Panaskan periuk. Tumiskan bahan-bahan yang di kisar sehingga garing dan naik bau.
Masukkan serbuk kunyit, garam, perasa, sedikit gula, santan pekat & daun kunyit. 
(Jangan letak air dulu).
Bila santan dah mendidih, masukkan siput yang sudah di tos kan air. Kacau-kacau bagi rata.
Biar santan mendidih sekejap, dan kemudian baru masukkan air secukupnya. (kalau nak letak hirisan lada, masa ni dah boleh letak).
Kacau sehingga agak-agak siput masak.
Tutup api dan sedia di hidang,


Selamat Berbuka Puasa korang..



P/S: Hari pertama puasa, macam biasa tiap-tiap tahun, dapur Sis TUTUP. Berbuka puasa di luar. :)


8 comments:

  1. family kita memang tak pernah masak siput sedut..adik-adik pun tak ramai yang pandai makan..cuma mak ngn ada dua adik kita je yang makan..so kalau nak makan memang tapau ler kat luar..eh..tetiba teringin nak makan siput sedut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke @SitiRohaida, Sis family dan anak beranak memang suka. Kadang yang rajin beli Suami le..tau-tau dah di bawa balik..

      Delete
  2. eh samalah dengan kak eda.saya tak pandai sedut.masak siput sedut pon tak reti.asben suka sgt la pulak menu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mar cubalah masak, kot mana tau, nanti pandai makan hehehe bole gian menyedut Mar ..

      Delete
  3. ohhhh my favourite..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Hernee, teringat siput sedut kat Double Tree tu, sedapnyaaaa

      Delete
  4. Replies
    1. Oooo ko pun suka ek @Uyul, ingat tak pandai menyedut hahahaha

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..