KERUTUP IKAN CENCARU JOHOR

6/12/2018 03:36:00 PM

KERUTUP IKAN CENCARU JOHOR | Siapa sini suka makan ikan cencaru? Kena pulak kalau dapat cencaru besar-besar kan, sedapnya. Biasa waktu yang selalu dan boleh dikatakan makan cencaru ni hari-hari, bila Sis dalam pantang bersalin. Emak Sis suka masakkan ikan cencaru bakar, makan dengan sambal lada hitam dan kicap. Kalau dalam pantang, masak macamtu hari-hari pun dah selera, maklum nak jaga badan hehehe.

Okay untuk hari ini Sis nak kongsikan resepi cencaru gak tapi bukan cencaru bakar, tapi Kerutup Ikan Cencaru versi Johor. Paling senang nak sebut, ikan sumbatlah hehehe. Karutup ni, ada macam-macam cara orang buat, ada yang ikannya di goreng dulu, ada yang bakar dulu baru sumbat. Tapi versi Sis, masak sambal dulu, kemudian sumbat dalam ikan, barulah di goreng dengan minyak yang sedikit, ala-ala macam bakar tapi menggoreng hehehe. Cara ni cara Emak Sis, memang dari dulu kalau dia buat kerutup, dia buat macamni, jadi Sis ikutlah cara Emak. 


Ikan cencaru tu di bersihkan dan di belah tepi kedua-dua. 
Masak sambal dahulu hingga masak, kemudian sumbat sambal tu ke dalam ikan dan juga d belahan tepi tu. Mana ada ruang tu korang sumbat je. 


Lepas dah sumbat ikan tu, panaskan kuali, tuang minyak sedikit aja. Jangan banyak-banyak macam nak menggoreng tu. Bila minyak dah panas, masukkan ikan cencaru tu, goreng sampai masak. Sis galakkan korang guna kuali tidak melekat, sebab nanti ianya akan kering dan melekat, susah nak balikkan. 


Taraa sudah siap. Inilah dia Kerutup Ikan Cencaru Johor versi Sis. Memang mabeles ko kalau makan. Sambal tu jadi garing, ikan tu pun jadi mesra dengan sambalnya, makan seekor pun tak cukup hehehe. 
Ye ni versi Sis ya, versi korang Sis tak taulah. Tapi rasa sama je laa. kann kann. 
Sis suka cara macam ni sebab, dia tidak terlalu kering dan keras. Kalau kita goreng ikannya dulu, dia jadi macam kering dan keras bila nak sumbat. Tapi kalau cara macam ni, dia basah-basah lembut isi ikannya. Tak caya, cubalah. 
Untuk resepi sambalnya, nanti Sis kongsikan ya. Sambalnya sama je macam bahan-bahan sambal lain cuma dia ada letak serai dan lengkus, itu yang jadikan sambal kerutup tu sedap.  


Bahan-bahan sambal Kerutup.

2ekor ikan cencaru
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus (ikut pedas masing-masing)
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1/2 inc halia dikisar
1/2 inc kunyit hidup dikisar
1/2 inc lengkuas dikisar
1 inc belacan dikisar
2 batang serai dikisar
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum.
Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga ia garing dan pecah minyak. (Macam biasa, tumis 5/6 kali. Lagi lama lagi sedap.) 
Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
Jika kuah agak kering tambahkan sedikit air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa

Bila sambal dah siap, barulah sumbat ke dalam ikan tu, dan goreng dengan minyak yang sedikit. (seperti yang Sis bagitau di atas). 

Okay, selamat mencuba. 






P/S: Kalau masak menu ni, berebut-rebut anak-anak dan Suami. Mereka suka masakan macam ni. Alhamdulilah .


8 Comments

  1. Alahai kak Nowa...bestnyaaaaa...terus terbayang2 ni...esok nak cari la..nak buat gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Amanda, sekali nengok, kecur-kecur jadinya hahahaha

      Delete
  2. menyirap jek tengok ikan dia posing dalam kuali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha terus jadi hijo tak @Hernee hahahaa

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulilah Kak @Normi, Allah bagi sedap..

      Delete
  4. yaAllah mengancamnyaaaa sambal disumbat dalam ikan cencaru niii T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nanti cubalah laaa @Sayidah hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com