Tuesday, June 05, 2018

KILANG KEREPEK PARIT LAPIS LAMAN PARIT SULUNG

KILANG KEREPEK PARIT LAPIS LAMAN PARIT SULUNG | Korang pernah dengar tak? Dan pernah tak ke sini? Kalau yang pernah datang tentu tau macam mana keadaannya kan? Memang meriah sangat-sangat! Kira sekali korang datang, tak payah kemana lagi dah, memborong terus kat situ. Bukan kerepek aje, segala macam biskut, asam-asam, kacang-kekacang dan juga kek lapis, dodol, bahulu, air kordial, air botol, semua ada kat sini. Bagus datang bawak lori terus hahahaha. 

Nak jadikan cerita, semalam Sis ke sini bersama kawan-kawan sekolah. (Itupun puas pujuk Suami minta izin nak pergi, sebabnya, biasanya dia yang akan urus dan beli semua kerepek-kerepek dan kuih-muih raya ni, tapi akhirnya Suami kata OK *sambil hulur duitnya hahahahahaha). Tujuannya tak lain tak bukan, memang le nak memborong kerepek dan biskut. Psttt, kalau bulan tak puasa memang singgahnya ke Kambing 40 hari dulu hahaha opsss. Dah sekali jalan kan, tapi puasa, jadi terus aje ke sana. Kilang ni bukak jam 9am. Dan buat pengetahuan korang, jadual buka kilang pada bulan puasa juga bertukar. Tak sama dengan hari bukan puasa ya. Kalau time puasa, hari Khamis dan Jumaat tutup. Dan hari lain ada jadualnya. Sis pun lupa pulak nak amk gambar jadual buka dan rehatnya. Ada tu tampal depan pintu.


Nak ke sini tak susah. kalau dari tempat Sis Johor, masuk highway, exit tol Yong Peng Batu Pahat, kemudian masuk simpang ke Batu Pahat. Jalan terus sampai ke segala jalan parit-parit tu, dan akan jumpa Balai Polis sebelah kiri, masuk simpang tu, jalan terus, akan jumpa satu gerbang kecil sebelah kanan, dan masuk simpang tu, dah sampai ke tempatnya. Ikut waze aje kalau nak senang..
Masa kitaorang sampai, dah ramai dah orang datang. Berbakul-bakul berkotak-kotak angkut naik kereta. Perghh memang meriah. 


Kat sini segala macam kerepek ada. Korang pilh aje nak berapa kilo, nanti mereka siapkan. Dan juga yang bestnya, sebelah belakang tu, kilang tempat mereka memproses kerepek. Jadi kalau korang sanggup tunggu, dapatlah kerepek yang baru di goreng panas atau kerepek ubi pedas yang baru di sira. Memang mengugat iman kalau pergi time puasa oii. Beli panas-panas, pastu aromanya uiiii. Sabo le wahai iman hahaha. 
Harga? Semalam Ss beli kerepek ubi kosong, setengah kilo rm4 sahaja. Yang pedas pun sama hehehe. Murah tak murah haaa..


Bukan kerepek je, segala makanan bergoreng pun ada, macam muruku, kuih ros, kuih siput (Sis beli sepaket rm7), kuih kapit, kepek pagoda dan macam-macamlah. Cakap je apa jenis korang nak, semua ada. Cuma yang buat dan proses di kilang hanya kerepek ubi sahaja. Kadang ada juga kerepek pisang yang di proses panas-panas katanya.


Yang ni bahagian asam-asam dan kekacang. Semua dah siap paking. Ada yang setengah kilo, ada yang sekilo, dan juga ada yang paket kecil sahaja. Bukan tu je, ada juga jual segala rempah-rempah masakan dari Muar dan Batu Pahat. Misalnya rempah mee bandung, mee soto, mee rebud dan macam-macam lagi le. Kuah rojak pun ada. Petis pun ada juga..


Ini Suasana sebelah dalam , kiri kanan semua rak-rak biskut. Atas bawah celah mana semua ada biskut. Naik rambang biji mata nak beli. Tokei biskut pun ada macam-macam, pandai le korang pilih. Dapat yang sedap, maka sedaplah, dapat yang kurang sedap, lain tahun jangan beli lagi nama itu hehehe. Serius, kalau dah bebanyak macam tu, mana korang nak tau sedap ke tak? Bukan boleh rasa, jadi tawakkal aje le masa membeli, nasib le kalau dapat yang sedap. Ye dakk..
Yang ada pintu tengah-tengah tulah laluan ke belakang di mana kilang kerepek mereka proses secara live dan panas-panas. Semalam tak sanggup nak beratur panjang nak tunggu kerepek ubi sira pedas. Tapi dapat jugalah yang kerepek ubi panas baru di proses. 


Kaunter bayar banyak, sebelah dalam ada, sebelah luar pun ada, korang jangan rebut-rebut ya. Beli banyak ke beli sedikit ke, tetap kena beratur. Hormat orang lain juga yang beratur lama. Jangan fikir beli 2 bungkus, dah nak minta potong barisan ye. Baik yang tua ke yang muda ke. Sila beri kerjasama hehehe. 


Dan yang bestnya Sis memborong bahulu cermai ni. Kesukaan kami anak beranak. Sebekas tu rm7 sahaja. Biasa tiap-tiap tahun Emak Sis buat, tapi keadaan Emak tidak mengizinkan, jadi Sis beli untuk Sis dan juga beli untuk Emak juga. Suka dia hehehe. Sedap uii, malam tadi dah makan 3 ketul hehehe. 

Malam tu Sis pun bagtau kat Suami, macam nak pergi lagilah, macam ada benda je tak beli hahaha. Sekali Suami respon, nanti cuti kita pergi hehehe. Dia pun sama, suka kalau tempat-tempat macam ni, tapi siaplah kalau time puasa ni, jangan jem, ada kang sepanjang jalan bebel hahahaha.
Korang apalagi? Terjah le..


Ini alamatnya:
Perusahaan Kerepek Parit Lapis Laman Parit Sulung. 
33, Jalan Simpang Lima / Parit Sulong, Kampung Penghulu, 83500 Parit Sulong, Johor






P/S: Bahagian kerepek, biskut dah settle, tinggal minggu akhir nak bikin 2-3 jenis aje nanti. Suami pun asyik tanya 'Bila nak buat biskut' ermmm ..


8 comments:

  1. Wah best ni kalau borong utk raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Syiera, memang sana bukan harga borong, tapi beli je satu dah macam harga borong..

      Delete
  2. Pernah dengar jer... office mate cerita tapi belum pernah sampai lagi.
    Uuuiiiii heavennya macam-macam ada.
    Bestnya shopping untuk raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @MrsA, semua ada dalam satu tempat, senang..tak payah kemana lagi dah.

      Delete
  3. Batu pahat ye sis lin?wow murahnya kerepek kosong RM4 je sekilo...tp jauh plk nak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah @CikTom tapi takde la sampai ke dalam jauh sangat, selepas Tongkang Pecah tu dah dekat dah ..

      Delete
  4. selalu beli kat sg mas je kak..ada gak kilang kerepek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke @SitiRohaida, Sis ni sebab dah tiap-tiap tahun beli situ, tu yang kes itu hehehe

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com