SHOPEE DAN HONOR JALIN KERJASAMA LANCAR HONOR 7A DAN PHANTOM GREEN

6/07/2018 11:48:00 AM


SHOPEE DAN HONOR JALIN KERJASAMA LANCAR HONOR 7A DAN PHANTOM GREEN | Salam 22 Ramadhan buat semua. Tinggal lagi berapa hari je lagi kan baki ramadhan, selepas tu dah nak raya. Ni lagi nak raya, macam-macam jualan murah ada kan, ramabng mata kalau masuk semua kedai, sampai tak tau nak beli apa. Harap-harap korang semua buat pilihan bjak ye, ingat, gaji lambat lagi tu hehehe. Untuk harini Sis nak kongsikan berita gembira buat mereka yang mencari handphone baru dan inginkan yang fungsinya setanding bagus dengan jenama-jenama yang lain. Sekarangjan senang, boleh beli secara online. Takyah susah-susah nak keluar, semuanya di hujung jari anda sahaja. Telefon apa? Dan nak beli di mana? Jom baca artikel yang Sis kongsikan ni. 

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan Honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.

“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.


Pengarah Urusan serantau Shopee, Ian Ho, berkata: "Kami bangga dapat meneruskan kerjasama dengan honor Malaysia, berdasarkan kepada kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10 sebelum ini."

Ketua honor Malaysia Zhao Zhiwei berkata honor sentiasa berusaha untuk menjadikan perantinya yang berkualiti, bergaya dan berpandangan ke depannya mudah diperoleh dan bekerja dengan Shopee memberi peluang kepada peminat honor untuk 'balik kampung' dengan telefon bimbit yang hebat tanpa mengeluarkan wang yang banyak.


“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.



Semasa 'Shocking Sale', honor 7A akan dijual pada RM429 manakala model Phantom Green honor 10 akan dijual pada RM1,599 dengan hadiah percuma bernilai RM298 diberikan sebagai bonus.



Model honor 7A dilengkapi dengan paparan penuh 5.7in, kamera depan 8MP, bateri 3000mAh yang akan bertahan sepanjang hari walaupun penggunaan berat, EMUI 8.0 yang mempunyai pelbagai ciri pintar berfungsi tambahan, serta dua slot kad SIM dan kad SD.


honor 7A adalah model terbaru kelas permulaan, menampilkan skrin FullView 5.7-inci HD+ dalam nisbah 18:9. Ia digerakkan pemproses Snapdragon 430 bersama 3GB RAM dan 32GB Storan dalaman. Kad mikroSD disokong sehingga saiz 256GB.
Walaupun dalam kelas bajet, ia dilengkapi dwi-lensa kamera belakang gabungan 13MP+2MP. Kamera hadapan pula 8MP. Selain pengimbas capjari, telefon ini turut menyokong pengecaman wajah, Face Unlock.
honor 7A menyokong dua kad sim dengan slot kad mikroSD berasingan. Ia menjalankan sistem operasi Android 8.0 Oreo bersama antaramuka EMUI 8.0, dan memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh.



Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada. 
Honor 10 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD 19:9 berukuran 5.84-inci dengan resolusi 1080 x 2,280 piksel memberikan kepadatan piksel 432ppi.
Bagi pasaran Malaysia, Honor 10 ditawarkan dengan pemproses Kirin 970 dengan 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.


Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my/

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.






P/S: Haaa apalagi, ajomm soping di #ShoppeeMY


You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. esok oii...rasa nak sambar je sebijik..tapi dah nak raya ni..kenot ler....tutup mata je...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke tau takpe, macam nak juga sebab murahkan @SitiRohaida, buat pakai-pakai selpie hehehe

      Delete
  2. Fuh...macam best pulak, kene beli satu ni untuk full review :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Wan , harga pun murah boleh tahan all spec dia...

      Delete
  3. harganya jauh lebih murah di shopee.macam berbaloi beli..
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar, Ss macam nak bel aje hehe buat amik gambo selpie hehehe

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.