DAGING MASAK KICAP REMPAH MAK SITI

7/21/2018 08:33:00 AM

DAGING MASAK KICAP REMPAH MAK SITI | Korang pernah masak guna rempah Mak Siti ni tak? Dia ada berjenis rempah siap sedia yang tersedia. kalau Sis biasa guna, rempah soto, rendang dan kali ni pertama kali guna rempah kicap dia. Kebetulan ada daging dan otak blur nak masak apa, jadinya ternampak rempah Mak Siti ni, so kita try. Murah aje hanya rm1.20 yang di jual di kedai Sis sini, kat tempat korang Sis tak taulah berapa harga. 
Baca arahan kat belakang tu senang aje, tak payah dah blender segala bahan, dia dah siap semua dalam tu. Cuma Sis ni macam biasa le, nak lagi sedap, Sis potong bawang besar, hiris bawang putih semua dan tumis rempah tumis tiga beradik tu, biar kasi wangi sikit, lagi sedap.


Untuk daging tu Sis dah sesiap lembutkan guna periuk Noxxa, jadi memang di jamin empuk punya. Senang kan ada periuk Noxxa, rasa berbaloi membelinya, walaupun main bayar kutu sikit demi sikit, akhirnya selesai juga. Sangat puashati. 
Bahan yang hiris tu, tumis sampai naik bau sekali dengan rempah tumis 3 beradik tu, kemudian masuk je rempah kcap tu dalam kuali, tak payah gaul dengan air, curah je sepekat atau dua (ikut banyak daging/ayam) dan gaul sebati. Masuk daging dan kacau-kacau, kemudian masuk air, jangan letak banyak air, sebab nanti daging tu keluarkan air, gaul-gaul aja, nanti daging akan jadi hitam macam masak kicap tu. Agak kalau korang nak hitam lagi, sukahatilah, korang tambahlah kicap lagi. 


Untuk versi Sis, Sis tambah sos tiram aje, bagi rasa-rasa asin sikit gitu, garam dan serbuk perasa pun Sis letak sedikit aje, sebab dah siap tersedia bahan perasa dalam itu rempah. Tapi ikutlah tekak memasing. Kemudian Sis masukkan lada merah hiris, saje nak bagi color-color sikit, lawankan dengan daun sup dan daun bawang. Dan akhir sekali Sis campak sikit bawang goreng bagi dia wangi-wangi sikit. 
Tang kuah tu, sukahati korang, nak pekat ke nak cair ke, just tambah aje air yer. Rasanya kalau nak sedap lagi kan, tambah lada hitam kan, lagi sedap agaknya. nantilah nak cuba plak buat masak ayam kicap. Mudah dan cepat kan, semuanya nak dengan malas aje hehehe. 
Senang cakap, kau malas kau lapar le, kalau rajin, gemuk le jadinya hahaha makan tak henti kuang kuang kuang..

Bagi Sis rasanya memang okay sangat, memang bukan macam masak kicap kita biasa tu, tapi ada pekat sikit, sebab nama pun rempah kan, jadi mesti ada pekat-pekat sikit rasa rempah, tapi tidaklah rasa rempah sangat, masih rasa kicap..hahaha eh pening tak baca ayat tu hahahaha sendiri faham sudahlah :p
Yang penting, memang sangat mudahlah kalau bagi yang terlalu sibuk sangat, dah tak sempat nak buat apa, lagi-lagi kalau bulan puasa. Sesuai sangatlah, campak-campak siap! .Cubalah.
Yang takde periuk Noxxa tu, haa silalah survey dan ada rezki belilah, tak dapat beli cash, ada bayar ansuran, Sis pun sepuluh kali bayo ko, bukan taknak bayar cash, tapi saje nak jimatkan duit bulanan sendiri hahahaha tapi memang berbaloi, macam-macam boleh guna dan masak, Sis sendiri sangat suka, nak makan daging ke, tulang ke, ayam tua ke ayam kampung ke, semua dah mudah, masuk dalam Noxxa, terus empuk, isi tersiat-siat gitu..best sangat!
Makaseh juga buat incik Suami, yang jadi tukang tolong bayarnya hehehehe. 






P/S: Masak ni tak payah jadi Chef, janji kau tau nak masak apa, dan kau tau apa kau masak, so mesti menjadi punya hehehe. 


You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. sedap nye akk favret suzie nie ayam n daging masak kicap..rempah maksiti nie mmg sedap..suzie suka beli rempah sup buat masak tulang memang best..bertambah2 mkn nasi..��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try @Siti, senang mudah dan ringkas, kalau agak kurang rajin, guna aje rempah Mak Siti ni hehehe..Sis beli simpan stok..

      Delete
  2. belum pernah cuba lagi rempah yang ini.kat rumah ni ada rempah sup mak siti aje.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni try @Mar, Sis pun suka rempah soto dn sup dia...

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.