MY MOM FIGHT BREAST CANCER (3)

MY MOM FIGHT BREAST CANCER (3) | Bagi yang mengikuti penulisan dan perkembangan Emak Sis mesti sudah tau kisah sakit Emak Sis. Bagi yang tidak tau dan baru nak membaca, korang boleh baca di sini MY MOM FIGHT BREAST CANCER (1) dan juga di sini MY MOM FIGHT BREAST CANCER (2) . Ucapan terima kasih buat semua yang sudi membaca dan komen memberi kata-kata semangat dan doa buat kesihatan Emak Sis . Untuk perkembangan terkini, alhamdulilah Emak Sis kalau di lihat dari zahir dan luarannya nampak sihat macam biasa, cuma ada ketika sahaja Emak letih dan mood agak berubah-berubah macamtu. Kadang adik (tinggal serumah) kata mood okay, kadang mood berangin, tapi kami semua faham, jadi layankan ajelah kekadang karenahnya. 

Alhamdulilah Emak Sis dah selesai jalani kimoterapi yang ketiga, ubat kimo tu serasi dengan Emak, tak banyak kesan sampingan yang Emak terima pada badannya kecuali rambut memang sudah botak. Emak pun dah redha dan terima keadaannya, janji yang penting Emak nak teruskan buat rawatan kimo tu, tu yang penting. Mengikut kata adik, selepas kimo tu pun Emak macam sebelum-sebelum ni juga. Kesan tidak berapa bertindak pada Emak, Emak masih boleh bertahan, cuma ada kala Emak muntah dan berak-berak, itu aja. Lemah dan letih tu pun ada masa memang ada, tapi tidaklah sampai terlantar dan demam. Sebab Doktor dah pesan kalau selepas kimo, jika pesakit demam kena segera bawa ke hospital. Alhamdulilah Emak okay.


Emak Sis masih lagi terima rawatan kimo di Hospital Sultan Ismail (HSI), hospital kerajaan aje, bayaran pun tidak mahal, ada diskaun warga emas lagi, jadi tidaklah membebankan Emak dan juga kami adik beradik. Sis masih tidak berpeluang lagi meneman Emak sewaktu buat rawatan Kimo hingga kimo yang ke-3. Rawatan kimo yang ke-4 baru Sis dapat teman Emak (nanti update kemudian ya). Terima kasih pada adik Sis, Sally yang selalu meneman Emak ketika rawatan kimo. Walau kadang macam-macam hal dan halangan. 

Selepas selang 3 minggu buat kimo kali ke-3 ni, Emak kena jumpa Doktor pakar pula, untuk ujian dan lihat payudara Emak, samaada kena bedah atau tidak. Ujian darah tu sebelum kimo memang biasalah. Alhamdulilah, sewaktu jumpa Doktor pakar, Doktor kata, Emak Sis tidak perlu di bedah, sebabnya payudara Emak Sis nampak sudah mengecut dan tidak bengkak dari sebelumnya. Makanya kata Doktor habiskan dulu semua rawatan kimo sebanyak 6 kali tu, barulah jumpa sekali lagi dan buat ujian dan keputusan bedah tu akan di putuskan. Mudah-mudahan baik-baik aja nanti hendaknya. 
Setakat ni, Emak takde lagi mengadu sakit pada payudaranya, kalau tidak sebelumnya memang sakit aja di situ. 

Itulah kan, kadang-kadang kalau kita tak tau rawatan kimo ni sebenarnya memang semua orang dengar mereka takut dan taknak buat, tapi bila Emak sendiri yang kena dan lihat keadaannya semakin sihat dari sebelumnya, alhamdulilahlah kena fikir positif dengan setiap penyakit dan rawatannya. Yang penting dengar nasihat Doktor. Bukan jadi pakar memandai sendiri ya. 
Okay untuk kali ni Sis nak kongsikan sedikit mengenai panduan pemakanan selepas rawatan kimo ni ya. Moga manfaat untuk korang.


1. Hilang Selera Makan

Makan makanan yang digemari
Ambil snek yang berkhasiat dan mudah seperti biskut, kek, ban, telur rebus, puding, yogurt, keju, aiskrim, kacang dan biji-bijian.
Ambil minuman berkhasiat seperti sup berkrim, jus buah-buahan kocak (fruitshake), susu kocak (milkshake) dan produk susu formula khas.
Tambah susu, majerin lembut, mentega, minyak masak, madu dan karamel kepada makanan.
Cuba makanan baru
Makan dalam suasana yang selesa dan ceria bersama keluarga, rakan atau makan di luar
Makan sedikit tetapi kerap
Makan ketika anda berasa lapar


2. Sakit Mulut/Tekak

Makan makanan yang lembut dan mudah dikunyah seperti kastard, jeli, puding, aiskrim, buah-buahan lembut atau buah-buahan dalam tin
Elak makanan yang kasar, kering, berempah, pedas, terlalu masam atau masin atau terlalu panas
Makan dengan kerap dalam hidangan 5-6 kali sehari
Minum air sebanyak 8 gelas (2 liter) sehari untuk mengelakkan kekeringan
Gunakan straw untuk minum
Hisap ketulan ais
Berkumur atau bilas selepas setiap kali makan dan sebelum tidur dengan cecair atau bancuhan soda (1 sudu teh serbuk penaik dengan 2 cawan air)


3. Mulut Kering

Minum air dengan kerap
Bawa minuman kegemaran anda ke mana sahaja anda pergi
Lebihkan kuah dalam makanan
Hisap gula-gula atau kunyah gula-gula getah untuk merangsang penghasilan air liur
Ambil makanan pencuci mulut sebelum makanan utama
Sapu pelembab bibir
Berkumur dengan kerap


4. Loya/Muntah

Ambil makanan yang mudah dihadam, lembut dan kering seperti kek, biskut , ban dan puding
Elakkan makanan yang berlemak/ bergoreng, terlalu manis, pedas, panas dan bebau kuat
Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan kunyah makanan perlahan-lahan
Makan sebelum rasa loya
Elakkan minum sambil makan
Ambil makanan atau minuman pada suhu bilik
Berehat sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan secara duduk atau bersandar
Makan sebelum menjalani rawatan
Makan dalam suasana yang selesa dan nyaman
Hisap gula-gula yang berperisa pudina atau limau


5. Cirit-birit

Lebihkan:
Air untuk menggantikan air yang hilang
Bubur, sup, minuman isotonik bertenaga, pisang dan jus buah-buahan bertapis untuk menggantikan garam mineral yang hilang
Yogurt atau minuman yogurt
Minuman pada suhu bilik lebih sesuai berbanding air yang terlalu panas atau sejuk

Elakkan:
Makanan yang berlemak/bergorng, terlalu manis, terlalu pedas dan berempah
Makanan tinggi serat terutama kekacang dan sayuran seperti brokoli, bunga kobis dan kobis
Minuman bergas dan makanan yang menghasilkan gas seperti kekacang, brokoli, kobis bunga, kobis dan gula-gula getah
Minuman dan makanan berkafein seperti kopi, soda dan coklat
Susu semasa keadaan cirit-birit yang teruk. Jika mengambil susu, pilih susu tanpa laktosa dan susu formula khas


6. Perubahan Deria Rasa dan Bau

Pilih dan sediakan makanan dengan cara yang menarik
Perisakan daging, ikan dan ayam dengan jus limau, rempah, sos, perencah asli seperti halia, bawang putih, lengkuas dan serai
Hidangkan makanan panas pada suhu panas dan makanan sejuk pada suhu sejuk
Lebihkan peng,mbilan air dan cecair seperti sup, karamel dan bubur
Sekirangnya makanan terasa metalik (berlogam). tukarperalatan kepada jenis plastik atau kaca
Ambil gula-gula berperisa lemon atau pudina bagi mengurangkan rasa pahit mulut atau metalik (berlogam)
Ambil buah-buahan seperti limau, mangga, berlimbing atau oren untuk merangsang penghasilan air liur
Jika mengalami masalah mengunyah, gantikan daging dnegan makanan berprotein lain seperti ikan, telur, produk tenusu dan produk soya seperti tauhu dan tempe


7. Kurang Sel Darah Putih

Cuci tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum makan
Pilih makanan segar dan elak makanan diawet
Bagi makanan terproses, pastikan makanan tidak luput tarikh
Jika mengambil makanan dalam tin, pastikan tin dalam keadaan baik, tidak kemek atau rosak
Elakkan sayur-sayuran mentah seperti ulam/salad
Masak telur, daging, ikan, ayam dengan smepurna. elakkan mengambil makanan separuh masak mentah
Nyahbekukan makanan menggunakan ketuhar gekombang mikro atau chiller dan masak makanan sejurus selepas dinyahbeku
Makan makanan sejururs selepas dimasak. Habiskan baki makanan dalam tempioh 2 jam selepas dimasak
Simpan makanan yang telah dimakan yang akan dimakan kemudian dalam bekas tertutup dalam peti sejuk. Habiskan makanan anda dalam masa 24 jam. Panaskan makanan tersebut sebelum dimakan.
Kurangkan makan di luar dan jika perlu pilih premis makan yang bersih.


Dipetik daripada:
Perkhidmatan Dietetik & Sajian







P/S: Korang dah check mamogram belum? Jangan lupa, luangkan masa pergi check okay, cegah sebelum parah. 


22 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga lebih positif dan demakin baik.. Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, Terima kasih @OhMyVitamin ..

      Delete
  2. semoga diberi kesihatan yg sepenuhnya dan cepat sihat.

    ReplyDelete
  3. semoga urusan sis lin sekeluarga dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. semoga emak sis semakin sembuh dan sembuh lagi..ameen!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. semoga emak sis terus kuat dan positive melawan penyakit.. Semoga dapat kembali sihat seperti sediakala.. Amiin..

    ReplyDelete
  6. Moda mak Lin kekal kuat ye.
    Sokongan famili tu yg penting.
    Aida akan buat mamogram.
    Tak pernah buat lg. Takot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, tQ@Adianiez..
      Yer nanti buat ya, jangan takut, janji dah buat ujiannya..

      Delete
  7. Perkongsian yg bermanafaat. Yg penting emak Lin terus bersemangat utk sembuh, insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Semoga emak sislin akan bertambah baik keadaan. Banyak juga nak berpantang tu. Memang bukan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Tuan @Hasrul, aamiinn.. Memang banyak pantang, alhamdulilah Emak kuat berpantang ..

      Delete
  9. alhamdulillah
    semoga proses pemulihan semakin cepat
    amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, terima kasih @Hans ..

      Delete
  10. semoga mak akak cepat sembuh. Amin.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..