Thursday, July 26, 2018

NIKMATI SAJIAN MAKANAN JOHOR 'BEST OF JOHOR' by MAKAN KITCHEN DI DOUBLE TREE by HILTON JOHOR BAHRU

NiKMATI SAJIAN MAKANAN JOHOR 'BEST OF JOHOR' by MAKAN KITCHEN DI DOUBLE TREE by HILTON JOHOR BAHRU | Baca tajuk sahaja mesti korang dah terbayang-bayang sajian makanan Johor yang paling korang sukakan? Kalau Sis, terus teringat Laksa Johor dan Asam Pedas. Kalau korang? Mesti sama kan hehehe. 

Yelah, dah nama pun orang Johor mesti serba sikit tau menu-menu masakan Johor dan juga mesti ada menu pilihan utama yang mesti nak makan kan? Cuma terkadang agak susah nak cari semua menu yang ada, kenalah ke satu tempat dan ke satu tempat untuk nikmati pelbagai menu masakan Johor. Tapi untuk kali ni korang jangan risau dan susah nak mencari, korang boleh pergi ke Makan Kitchen DoubleTree by Hilton Johor Bahru. 

Bermula 1st August hingga 30th September, Makan Kitchen akan menyediakan buffet menu masakan Johor yang bertemakan 'Best of Johor' yang bakal menghidangkan semua menu masakan Johor. Jadi korang boleh nikmatinya dengan sepuas-puasnya dan merasai kesemua menu masakan Johor yang di masak oleh Chef Mahathir. 

Jom kita lihat antara menu utama yang akan di sajikan .


Antara menu yang menjadi tumpuan semestnya Laksa Johor. Kalau orang Johor kalau tak pandai makan Laksa Johor, bukan Johor namanya hehehe. 


Dan tak lupa asam pedas Johor. Cuma kalai ini Makan Kitchen menyajikan Asam Pedas Ekor Lembu yang akan memikat pengemar asam pedas dengan keenakkan rasa asli Johornya.  Sangat lembut isi ekor yang di masaknya.  


Urap Pucuk Ubi sebagai pembuka selera bagi segala menu. Makan begitu sahaja pun sudah sedap, nak makan dengan nasi pun lagi sedap. Yang suka akan urap-urap pasti suka. Terdapat juga Urap Jantung Pisang . 


Mee Rebus Tulang Rusuk antara pilihan utama juga akan jadi tumpuan. Biasa kita di hidangkan dengan mee rebus biasa kan? kali satu kelainan, di sini di sajikan mee rebus Tulang Rusuk. Mesti cuba ni yer. 


Sup Ayam Berempah. Lain dari yang lain. Rasa rempah dalam sup tu sangat sedap. Boleh juga di makan bersama dengan roti nan. Mesti cuba ni. 


Pais Ikan Tenggiri, Pepes Ikan dan otak-otak juga ada di hidangkan. Memang kalau pengemar pais, pasti akan suka rasanya, rempahnya cukup dalam perapan ikan tu, dan rempahnya serap hinggakan aroma pais tu harum baunya. 


Kuih muih tradisional Johor juga ada. Seperti kuih lopes, koleh kacang, goreng pisang tanduk, tempe goreng, sagu gula melaka dan yang paling bestnya cendol durian ..


Nasi Beriani Gam Johor salah satu menu masakan Johor yang paling ramai orang suka. Pengunjung luar dari Johor pun ada juga ke Johor semata nak makan nasi beriani gam ni. Jadi korang jangan susah, di sini pun ada juga di hidangkan. Memang the Best!


Rojak petis dan rojak buah. Menu pembuka selera juga ada di hidangkan. Di makan bersama berjenis-jenis sambal termasuk sambal petis. Korang boleh buat pilihan sendiri. 


Ikan Kerapu Masak Stim . Untuk menarik lagi pengunjung selain dari pengunjung melayu, juga di sajikan bersama menu utama kesukaan kaum cina dan india. Jadi mereka boleh sama-sama duduk makan sambil menikmati pelbagai pilihan samaada menu melayu, cina atau menu india. 


Roti Nan dan juga Tandori Lobster antara menu india yang di serasikan bersama dengan menu melayu dan juga menu cina. Korang boleh makan dan rasa kesemuanya dalam satu masa, 


Papadom, Udang masak sos, dan juga sayur goreng cendawan.


Dan yang paling menjadi tumpuan semestinya Kek Durian . Makan Kitchen memang terkenal dengan kek duriannya, sebab itu pencuci mulut ni menjadi kesukaan ramai. 
Dan lainnya ada cendol durian dan juga teh & kopi. 


Antara team #JDTblogger yang berpeluang untuk hadir di Media Review kali ini. 
So korang jangan tunggu lagi, boleh booking untuk tempahan awal. Hubungi nombor yang di bawah ini dan buat tempahan sekarang. 

Antara menu yang di sediakan :

Nasi Briyani Gam Johor
Rendang Tulang Rusuk
Otak-otak Stim dengan Kuah Laksa
Ayam Ungkep
Asam Pedas Ekor Lembu
Kambing Kuzi
Chicken Makhani
Slipper Lobster Tandoori
Assorted Naan Bread
Prawn Supreme Soy Sauce
Steam Grouper Fish with Fungus And Beancurd Skin
Puyuh Percik
Pais Ikan Tenggiri
Pepes Ayam
Paru Sambal Skewer.

Ulam-ulaman.. Dengan aneka sambal
Rojak buah-buahan dengan Keropok Malinjo
Urap Pucuk Ubi
Urap Jantung Pisang
Kacang Pol.

Mee Rebus Tulang 
Laksa Johor
Tempe Goreng & Pisang Goreng dengan Sambal Kicap
Kuih Lopes dengan Gula Melaka
Kuih Kacau Keledek
Kuih Koleh Kacang
Sago Gula Melaka
Durian Cake
Cendol Pulut Durian
Coffee/Tea

Best Of Johor by Makan Kitchen @DoubleTree by Hilton Johor Bahru .

Bermula 1st Aug - 30th Sept .
@Makan Kitchen Level 1 . 
Mon - Thu | 6.00pm - 10.00pm
Sun | 6.30pm - 10.30pm .


Rm102 Nett - Dewasa
Rm51 Nett - Kanak-kanak

Untuk tempahan call +607 268 6868
Atau email JohorBahru@hilton.com 






P/S: Memang kalau menu di Makan Kitchen ni memang terbaek! Sangat menepati selera semua kaum dan bangsa. Berbaloi dan puashati.. 


8 comments:

  1. Sedap2 semuanya masakan johor ni kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Dilah, semuanya sedap-sedap, semua dapat rasa, bersyukurlah kan...

      Delete
  2. Replies
    1. Jom kita pergi Kak Seri hehehe try hitea plak yokkkk

      Delete
  3. Wow, menunya sangat menggugat nafsu. Terliur zumal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Zumal, bikin lapar kalau tengok gambar hehehehe

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com