Wednesday, July 25, 2018

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) TAJAAN PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) TAJAAN PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU | Alhamdulilah, baru-baru ni, masih dalam bulan Syawal, Sis dan Team JDT Blogger dapat undangan dari The Puteri Pacific untuk bersama sertai Program CSR ni, alhamdulilah dapat juga kami bersama-sama meraikan hari raya bersama anak-anak dari rumah kebajikan anak-anak yatim di sekitar Johor. Ada dalam 5 buah rumah kebajikan yang di raikan dan di beri sumbangan.


Antara team Jdt Blogger yang dapat hadir pada petang tu, bersama dengan Ms Sumitha (The Puteri Pacific - baju hijau) dan juga Jiha dari Iskandarian (berdiri dua dari kanan.
Terima kasih sudi menjemput kami sebagai wakil Media/Blogger. 


Ucapan aluan dari wakil VVIP memberi sepatah dua kata ucapan kepada tetamu semua. 


5 buah rumah kebajkan yang menerima sumbangan wang tunai juga sumbangan duit raya dan cenderahati kepada anak-anak semua. Alhamdulilah moga di murahkan rezeki kepada yang memberi., moga dimurahkan rezekinya ..aamiinn.


Sis pun amik kesempatan juga beramah mesra dengan anak-anak ni, tapi mereka semua pemalu sungguh. Tapi bila ajak bergambar dengan sorang, semua pulak yang datang nak juga bergambar, hahahaha.
Tapi yang bestnya, sangat terhibur dengan persembahan anak-anak ni, bjiak-bijak mereka semua.
Gambar Sis amik mereka buat persembahan dah terdelete dek gara-gara clean up memori, huhuhu.


Menu-menu yang di sediakan pun sedap semuanya, termasuk juga menu raya. Ada ketupat, lemang, palas dan semua menu hari rayalah termasuk rendang, serunding, sambal goreng semua. Macam-macam ada. Anak-anak pun semua suka. Meriah suasana tengok mereka makan.


Tapi Sis ko haritu tekak mat salleh hahaha. Makan makaroni dan pasta cabonara. Pergh sedap uiii sos dia, ingat biasa-biasa aje, sekali dah makan, ermmm sedap sangat. Tak caya tanya geng kita si Ain tu, banyak dia makan hahahaha. :p

Apa-apa pun alhamdulilah, usaha murni macam ni mesti di teruskan dan jadikan tauladan buat semua. Tatkala yang lain bergembira, ada juga yang perlukan kasih sayang dan bantuan kita.
Pada petang tu turut di hulur sumbangan duit raya pada anak-anak dan juga bag sekolah dan keperluan lain. Alhamdulilah rezeki anak-anak.


PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) 
Dan Majlis Sambutan Hari Raya.

Jumaat 13/7/2018
The Puteri Pacific Johor Bahru.






P/S: Sis ni hati tisu, kadang nampak anak-anak yang comel macamtu, alahaii sayunyaa hati, tapi tahankan perasaan..sedihkan :(


10 comments:

  1. semoga sumbangan ni dapat meringankan beban mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, mudah-mudahan @Julia..aamiinn

      Delete
  2. alhamdulillah gembirakan hati anak-anak, memang besar pahala nya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah turut serta dapat meraikannya..Terima kasih @Umi Nazrah ..

      Delete
  3. kitaaa palingg sedihhh bilaa nengok anak2 yatim tuhh punya seronok makan..tringat kat diri sndiri ni kadang x bsyukur dgn apa yang allah beri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Farahain, kita ni makan ada je nak komplen kannn..Allahuakbar..

      Delete
  4. Replies
    1. Kita sama-sama doakan moga anak-anak syurga tu semua mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat kan Kak @Seri ..

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com