Tuesday, July 10, 2018

WELCOME HOME SURVIVORS


WELCOME HOME SURVIVORS | MAE SAI, Thailand: Semua 12 remaja pasukan bola sepak dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam sebuah gua di Thailand, lebih dua minggu lalu berjaya diselamatkan, kata unit SEAL tentera laut Thailand, sebaik menamatkan misi menyelamat luar biasa yang menarik perhatian dunia.

Penyelam unit SEAL dan elit luar negara membawa keluar kumpulan terakhir empat remaja termasuk jurulatih mereka, petang tadi menerusi laluan berbahaya yang memaksa mereka mengecilkan tubuh untuk melepasi laluan sempit dan dipenuhi air.

“Semua 12 remaja pasukan ‘Wild Boars’ dan jurulatih mereka berjaya dibawa keluar dari gua dan mereka selamat,” kata unit SEAL menerusi laman Facebook.

Unit itu turut menambah perkataan ‘Hooyah’ sebagai meraikan kejayaan menyelamatkan semua remaja terbabit dalam tempoh dua hari.

Semua 12 remaja berusia antara 11 hingga 16 tahun bersama jurulatih mereka, meneroka ke dalam Gua Tham Luang di kawasan pergunungan di utara Thailand pada 23 Jun lalu selepas menjalani latihan bola sepak.
Mereka berada di dalam gua selepas hujan lebat hingga menyebabkan paras air naik, menyebabkan mereka terperangkap di tebing berlumpur yang dikelilingi air.

Mereka terperangkap dalam gua yang gelap selama sembilan hari sebelum dijumpai dua penyelam Britain, dalam keadaan takut tetapi mampu tersenyum kepada dua penyelam itu untuk membuktikan semangat mereka kuat.

Bagaimanapun, kegembiraan awal susulan penemuan mereka seakan pudar apabila pihak berkuasa berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap kira-kira empat kilometer jauh ke dalam gua dan terowong yang menjadi laluan ke arah mereka dipenuhi dengan air.

Pihak berkuasa pernah buntu seketika mencari jalan untuk menyelamatkan mereka hingga terpaksa memilih menggerudi lubang di kawasan gunung atau terpaksa menunggu musim monsun berakhir supaya mereka boleh berjalan keluar.

Keadaan itu menyebabkan ketua penyelamat pada satu ketika mengatakan usaha untuk menyelamat mereka adalah ‘misi mustahil’. - AFP



Sumber artikel dari Harian Metro 






P/S Alhamdulilah ..


6 comments:

  1. ALhamdulillah. akhirnya semua berjaya diselamatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Ibu Dilah, satu keajaiban, kes ni sangat unik.Harap-harap ada yang nak filemkannya ..

      Delete
  2. alhamdulillah semua selamat
    harap-harap lepas nih ada filem pasal kisah nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, jadi tarikan satu dunia kan @Hans, harap-harap begitulah ...

      Delete
  3. nasib baik semuanya selamat..

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com