Monday, August 27, 2018

BUANG MAKEUP SEBELUM SOLAT HANYA DENGAN TISU BASAH IMAAN SUCI

BUANG MAKEUP SEBELUM SOLAT HANYA DENGAN TISU BASAH IMAAN SUCI | Ya mudah dan ringkas, cepat dan senang nak buang makeup dan juga nak membawanya. Tisu basah dari Imaan Suci ni memang perlu ada bagi setiap wanita termasuk Sis. Walaupun Sis ni bukan orang yang bermakeup beriye, tapi tisu basah ni perlu ada. Sebelum nak amik wuduk tu, kasi bersih dulu muka dengan tisu basah, yelah kadang kita pakai barang makeup yang susah nak ditanggalkan dengan air, jadi sebelum tu, kasi cuci dulu bersih, lepas tu korang akan rasa lebih yakin, bersih, segar dan selesa sikit. 

Biasa Sis guna air je kalau nak cuci muka sebelum wuduk tu, tu pun kadang mascara pun masih melekat lagi.  Ada masa tertentu kalau terlebih bedak, rasa melekit lagi muka tu, walaupun dah cuci. Tapi sekarang dah mudah, sejak pakai tisu basah ni, bila dah bersihkan muka aje, kulit muka terus rasa segar, bersih dan tidak melekit, yang bestnya wangi gitu. Jadi bila nak amik wuduk tu, keyakinan tu tinggilah, rasa bersih sepenuhnya. Tanggal segala kotoran muka. 

Jangan tak tau ye, itu adalah salah satu penjagaan kulit muka juga. Bukan sebab nak amik wuduk dan solat aja ya. Dan jangan sebab dah makeup tebal-tebal korang tinggal solat plak. *pesanan untuk diri sendiri juga*. 


Di mana-mana dan kemana sekarang, Sis mesti bawa tisu basah imaan suci ni, memang jadi keperluan sekarang. Sampaikan anak Sis pun menumpang kongsi minta pakai juga. Nampak gaya kenalah beli berdozen hehehe. Kalau anak Sis memang jenis makeup tebal, sebelum ni pun, guna tisu basah biasa jer, tapi 'kebasahan' tisu jenama lain tu, agak terlebih basah dan kadang jadi melekit, perlu cuci dengan air berulang juga. Tapi dengan tisu basah imaan suci ni, bersihkan hanya sekali aje, terus muka bersih dari kotoran. 
Tu yang anak Sis suka tu. 


Antara kelebihan tisu basah imaan suci :

1) Tidak mengandungi sebarang alkohol
2) Membuang segala makeup yang kalis air
3) Mampu membersihkan makeup yang tebal-tebal
4) Membersihkan dan juga menyegarkan kulit wajah
5) Sesuai digunakan semua jenis kulit muka, kulit yang sensitif pun boleh gunakan
6) Mudah dibawa ke mana sahaja.


Untuk keperluan Sis memang Sis perlukannya. Kadang pun dalam kereta ketika memandu jauh, mata jadi letih dan mengantuk, Sis amik aje tisu basah ni, dan bersihkan muka. Terus jadi segar dan aroma wangi dia tu buat kita rasa fresh semacam. Aishh tak caya ye cuba, ramai dah mencubanya. 
Korang kalau nak mencubanya boleh dapatkannya ya. 


Antara yang terbaru keluaran Wet Tissue dari Imaan World 

Info Lanjut:

Hotline: 019 286 2828
Facebook: imaansuciworld







P/S: Jenis perangai Mak-mak ni, macam Sis, tisu basah memang jadi keperluan, walaupun takde anak kecik, tisu basah mesti ada dalam bag tangan. Korang sama macam Sis tak ? 


16 comments:

  1. wahh ada macam2 jenis lagi rupanya tisu imaan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Sunah, Sis pun baru tau, tapi pakai sekali yang ni, terus berkenan, wangiii

      Delete
  2. samalah dengan sha! kemana je pergi wajib bawak tisu basah dengan hand sanitizeer hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sama jugaaa kita lahhh @Shafyqah..mesti ada hand sanitizer tu kannn..

      Delete
  3. ohhhh ade macam-macam jenis jugak ehk...baru ler ain tau...hehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Farahain, boleh pilih yang mana, nak yang malam jumaat macam Kak Juju ko pun ada hahahaha

      Delete
  4. Kita pon salu ada tisu basah sbb kdg mkn apa2 senang klu tak ada kendi, kahhhh. . Bukan kendi tapi sinki basuh tgn, hehehe.
    Bolehlah try tisu basah Imaan ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simptom Mak-mak mesti ada tisu basah, dalam kereta pun mesti nak ada kak @Seri..

      Delete
  5. Replies
    1. Kannn @Hernee, senang di bawa, tak besar sangat..

      Delete
  6. dulu saya memang selalu bawa wet tissue saiz poket ke mana2..senang nak cuci muka dan mekap. sekarang ni wet tisu anak besar2 dabak bawak. tapi packaging imaan ni nice la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu @Mar, yang saiz macam ni senang nak bawa dan masuk bag, kalau yang besar tu, Sis letak dalam kereta..

      Delete
  7. baguslah macam ni,jadi tak payah nak cuci berkali² kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Rohaida, senang dah sekarang, sekali lap je dah rasa bersih..

      Delete
  8. SA satiesfied dngan semua tisu keluaran Imaan Suci ni..mmg best jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa @Suria, lepas ni Sis pun nak beli kesemuanyaa juga...wangi dia tu best!

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com