KHASIAT MADU KELULUT ASLI JANNAHTUL AINI AGROFARM

8/07/2018 08:32:00 AM

KHASIAT MADU KELULUT ASLI JANNAHTUL AINI AGROFARM | Korang pernah cuba dan rasa Madu Kelulut ? Dan tau tak khasiatnya untuk kesihatan dalaman ? Sis pula memang tau khasiatnya, tapi baru pertama kali mencubanya ni. Dah dua hari Sis cuba madu kelulut ni. Mulanya Sis rasa dulu, sebab tak pernah cuba rasa. Agak masam mulanya, tapi dah lama-lama barulah ianya rasa manis. 
Sis ada juga research baca carian google, sememangnya memang ketulenan madu kelulut begitu rasanya. Mulanya masam dan akan manis kelamaannya, dan juga rasanya kadang berubah-ubah. 
Sis guna madu kelulut bila bangun pagi, bancuh sesudu dengan air suam, selawat dan minum. 
InsyaAllah niat nak sihat. 

Madu Kelulut Asli keluaran Jannahtul Aini Agrofarm ini, sememang asli. Ianya di ternak dan di bela sendiri dan di susahakan oleh warga Bumiputera daerah Johor Bahru, Kota Tinggi. 
Bukan senang nak mencari Madu kelulut ni. Kalau nak beli pun kita tidak tau saamada ianya asli atau tidak. Jadi bagi sesiapa yang nak mencuba dan mencarinya, boleh dapatkannya di Jannahtul Aini Agrofarm.

Di sini Sis nak kongsikan serba sedikit, khasiat dan bagaimana nak ketahui madu kelulut itu asli atau tidak.


MADU KELULUT JANNAHTUL AINI AGROFARM
Madu kelulut adalah madu asli yang dihasilkan oleh lebah kelulut yang tidak bersengat seperti lebah madu biasa dan ia terdapat di semua kawasan tropika dan sub tropika dunia iaitu Asia Tenggara, Afrika dan lain-lain lagi. Sarang lebah kelulut sangat kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah asli. Propolis adalah bahan semulajadi ataupun campuran resin yang dihasilkan oleh tunas pokok dan sumber botani lain oleh madu lebah.

Untuk pengetahuan korang, propolis bermaksud pelindung sarang yang bersifat antibiotik, anti bakteria dan anti kulat. Ia mencegah kulat dan bakteria lain menghampiri sarang dan melindungi sarang lebah kelulut dengan kuat. Dengan perlindungan daparida propolis yang sangat kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, madu lebah kelulut juga sangat berkualiti dan mempunyai pelbagai khasiat.


Khasiat Madu Kelulut Asli 

Melindungi tubuh badan dari serangan bakteria, kuman, virus dan jamur.
Menahan dan menghalang serangan kuman.
Meningkatkan daya ingatkan dan menguatkan minda anda
Merangsang perkembangan otak anak-anak dan orang dewasa
Mencegah warga tua daripada cepat lupa dan nyanyuk
Meningkatkan imun sistem dan ketahanan badan anda
Meningkatkan kecergasan fizikal
Merangsang kesuburan dan seksualiti lelaki dan wanita
Membaiki sistem penghadaman dan pencernaan anda
Membaiki dan meningkatkan kesihatan sistem perkumuhan dan proses tubuh badan
Melambatkan proses penuaan wajah, meghilangkan kedutan dan garis halus di wajah
Mengawal stres, emosi dan perasaan tidak selesa seperti gelisah dan cemas
Mengimbangi dan menurunkan berat badan
Menyingkirkan kolestrol dan lemak dalam badan anda
Mengimbangi dan menurunkan kadar gula dalam darah
Menguatkan sel-sel badan dan pembuluh darah
Membersihkan segala kotoran lemak dan kolestrol tepu dalam badan dan darah
Menghalang saluran darah tersumbat dan menghalang sakit jantung


Perbezaan Antara Madu Kelulut Asli dengan Madu Kelulut Tiruan:

Madu Asli :
Madu Kelulut Asli dihasilkan oleh Lebah Kelulut dan pengeluaran terhad mengikut musim
Madu Kelulut Asli mempunyai aroma madu yang berbeza mengikut musim dan sumber nektar.
Madu Kelulut Asli mengandungi partikel-partikel halus Lilin Lebah, Polen dan Propolis
Madu Kelulut Asli sedia ada manis dan tidak memerlukan bahan pemanis tambahan
Madu Kelulut Asli secara semula jadi akan mengkristal pada suhu tertentu
Madu Kelulut Asli mempunyai nilai kesihatan yang tinggi
Madu Kelulut Asli mempunyai rasa masam-masam manis secara amnya dan rasanya berubah-ubah mengikut musim dan sumber nektar

Madu Kelulut Tiruan :
Madu Tiruan dihasilkan dikilang secara besar-besaran dan konsisten pada sepanjang masa,
Madu Tiruan tidak mempunyai bau dan kadangkala berbau masam.
Madu Tiruan tidak mengandungi partikel lilin lebah, pollen dan propolis.
Madu Tiruan mengandungi 100% gula tebu, beet atau jagung.
Madu Tiruan tidak akan mengkristal
Madu Tiruan tidak mempunyai nilai kesihatan malahan bersifat racun.


Jadi berhati-hati ketika membeli ya, jangan salah beli, nanti dapat yang tiruan.
Untuk menberi jaminan mendapatkan Madu Kelulut Asli, korang bolehlah beli dari Jannahtul Aini Agrofarm, semestinya ASLI


Untuk pembelian korang boleh terus ke tekan link whatssap ni http://www.wasap.my/+60127550769/Madukelulutasli

atau pembelian di Shopee






P/S: Suami Sis suka ni, memang nak beli untuk dia. Baik untuk kesihatan luar/dalaman wanita dan lelaki. 


You Might Also Like

16 Orang Komen

  1. baru tahu madu kelulut ni mula2 rasa masam pastu baru manis.. ingatkan sama je dengan rasa madu yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Dilah, Sis pun sama baru merasa, mula masam, lama-lama baru manis..

      Delete
  2. betul tu memang rasanya sedikit masam.macam ada gas sikit.khasiatnya pun banyak sebab tu sebotol kecil harganya boleh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Mar, tapi lama-lama manis dan sedap! ehehehehe

      Delete
  3. suzie bg pada anak bila dia batuk n selsema..mmg hingus cepat kering..berbaloi beli sbb boleh gunakan bila anak-anak tak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis minum setiap pagi @Suziana, minum dengan air suam tiap kali bangun pagi..

      Delete
  4. memang masa 1st beli masam,tapi bila lama kat peti ais,dia rasa manis pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu @Rohaida. Kalau tak merasa memang tak tau..

      Delete
  5. teringin nak rasa madu ni..
    jrng mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn dan jarang dan susah nak jumpa @Yaya

      Delete
  6. Madu memang bagus untuk kesihatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnyaa @Zumal..Fakta tu ..

      Delete
  7. terbaik.. amalkan madu eloknya pagi masa bangun tidur mak kata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Syaza, Sis amalkannya sejak dapat madu kelulut ni,.setiap pagi sesudu kecil..

      Delete
  8. ohhh...baru tahu madu kelulut ni ada rasa masam. Ingatkan sebab tak simpan dalam peti sejuk. Thank you for nice tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Fadhilah, memang masam mulanya, lama-lama baru manis..

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.