MENU ISTIMEWA AIDILADHA - KARI KAMBING BERTELUR

8/23/2018 08:06:00 AM

MENU ISTIMEWA AIDILADHA - KARI KAMBING BERTELUR | Alhamdulilah Salam Aidiladha hari yang kedua buat korang. Macam mana dengan semalam? Ada yang buat qurban/aqiqah? Alhamdulilah, moga ibadah qurban korang diberkati dan diterima Allah swt. Untuk Sis semalam macam biasa seperti tahun-tahun lepas. Kampung pun sini aje 'Kampung Melayu', jadinya setiap tahun macam mana pun mesti masak untuk juadah raya. Kecuali kalau dah plan nak bercuti di luar kawasan, barulah tak masak. 

Dan yang seronoknya tahun ini semua anak-anak Sis ada, sebabnya si Kakak tengah cuti sem akhir degree dia, kalau tak bila raya haji dia memang tak balik, sebab cutinya sehari aja. Kali ni semua ada berkumpul, meriah rumah bila time makan pagi raya berjemaah. Suami siap kata raya ni kita masak apa yang anak-anak nak makan, dah tu kita makan tidur aje dengan anak-anak hahahaha Semalam pun kerumah Emak pun lewat sikt, bukan sebab makan tidur tapi hujan lebat. Memang makan tidur le jadinya kuang kuang kuang .


Untuk raya haji kali ini Sis masak lain sikit, takde ketupat dan lemang bagai, anak-anak dan Suami kata kita masak nasi aje, dan masak apa yang ada je, tak payah masak berat-berat macam tahun-tahun sudah. 
Ooo okay, Sis follow aje, lagi senang kerja Sis hehehe. Terus anak-anak kata nak ayam masak merah, dan anak yang sorang pulak minta sambal ikan bilis petai, dan istimewa buat Suami, Sis masakkannya Kari Kambing Bertelur. Bukanlah kambing tu punya telur, tapi telur rebus biasa je, Sis masukkan ke dalam kari kambing tu. Jadilah Kari Kambing Bertelur. Ermmm tapi bukan ke kambing memang ada 'telur' hahahaha :p 


Suami memang suka makan kambing, apa aje menu yang ada kambing, dia mesti suka. Dan kalau Sis masak kari kambing ni, dialah yang ulang alik makan seharian tak henti-henti. Kejap makan dengan nasi, kejap kang cecah dengan roti, kang makan lagi, macamtulah dia kalau dapat menu kambing. Kita yang masak ni jadi bahagia seronok dan kadang rasa besar hati bila tanya 'sedap tak', nanti jawabnya 'tak pernah tak sedap' Allahu syukur Ya Allah, masih di beri peluang atas nikmat yang Allah beri. 

Sama juga dengan anak-anak, kalau apa Sis masak, makannya macam orang puasa 3 hari. Sakan memasing makan, Sis yang tengoknya jadi bahagia serta merta. Tak tau nak kata perasaan itu, hanya yang faham je lah yang tau. Power of 'Air tangan Ibu/Isteri' katanya. Masak penuh dengan kasih sayang dan berzikir bagai. Tentu Allah bagi sedap semuanya. 
Alhamdulilah .

Resepi ? Ermm macam biasa, masak tumis 4/5 kali, lagi lama lagi sodap. Dan rebus kambing tu, gunalah periuk NOXXA, gerenti lembut, puashati dan takde rasa keliatan nak menggigitnya. hehehe.
Berbaloi beli periuk NOXXA tu, Sis beli main kutu je, bayar bulan-bulan, diam-diam, habis dah bayar. Bukan taknak bayar cash, tapi memang saja nak main kutunya, salah ke? Tak salah kan? Janji habis bayar.
 Dah  macam-macam Sis masak guna periuk Noxxa tu tau hehehe.

Nak resepi juga, korang boleh ke sini ya Kari Kambing Kerisik Noxxa
Resepinya sama je, memang itulah resepi yang Sis guna . Cubalah .






P/S: Harini kita masak mee hoon soto. Lama tak masak soto. Anak kata OK, Suami pun kata OK. So Sis pun OK Boss :p .


You Might Also Like

10 Comments

  1. hantar soto kat ptp peliss hahaha..
    teringin nak beli noxxa tu.. senang keje mak2 kat dapur ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah dekat, jangan kata soto, nasi brave pun ku hantarkan @Hernee hehehe

      Delete
  2. Bestnyaa..SA pun sama tahun ni buat rendang ngan sup gearbox je...kami kak buat borban tahun ni..macam tahun-tahun lepas jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang sup gearbox tu tak boleh menahan betul Sis @Suria, dapnyaaa...Sis hrni baru Qurban dan dapat daging ..

      Delete
  3. Menu2 kat umah Lin mesti salu ada persamaan di rumah kita, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @Seri, sehati sejiwa dan sepinggan katanya hahaha

      Delete
  4. hahahhahaaa..memang makan tidur je laaa jadinyaaaa.kuang kuang kuangg..hahhahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...tau-tau hujannnn @Farahain, maka terjadilah makan tidur ajer hahahaa

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulilah Allah bagi sedap @Fadhilah ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com